• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
    • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Feb 06 2017

Mampukah TMJ hadapi pengaruh Umno di FAM?

FAM,

Nampak macam senang je TMJ nak menang, tapi ada beberapa halangan yang kita sedia maklum sebelum ini. Nampaknya pengaruh politik memainkan peranan penting, diantara populariti, pengaruh , wang dan ambisi bakal menjadi titik tolak dalam kepimpinan FAM yang baru nanti. Kita sukar untuk ketahui siapa yang bakal menjadi presiden FAM mac nanti?? Ini kerana…. Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, perlu berdepan dengan pengaruh kerajaan atau Umno jika beliau benar-benar berhasrat bertanding jawatan presiden FAM.

Selepas sekian lama bayangan parti pemerintah menjadi ‘payung besar’ FAM, ada kemungkinan besar tradisi itu mahu dipertahankan pihak-pihak berkepentingan.

Malah dalam pencalonan awal untuk jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara itu, Umno (walaupun mungkin secara tidak langsung) dilihat sudah meletakkan dua calon terbaik mereka.

Pencalonan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dilihat sebagai isyarat jelas bahawa pengaruh Umno mahu kekal disematkan di Wisma FAM Kelana Jaya.  [Read more…] about Mampukah TMJ hadapi pengaruh Umno di FAM?

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: pengaruh TMJ vs Pengaruh Umno, siapa bakal terajui fam 2017, TMJ vs Annuar Musa

Feb 06 2017

Jawatan presiden FAM: Annuar yang pertama!!

tsam, tan sri annuar musa tanding jawatan FAM

Huyoo, TSAM bertanding juga walaupun terpalit dengan skandal rasuah yang melanda dengan MARA. Seorang lagi tokoh hari ini mengesahkan penyertaan dalam perebutan jawatan presiden FAM. Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa menjadi calon pertama membuat pengesahan bertanding merebut jawatan itu pada kongres ke-53 FAM, 25 Mac ini.

Annuar yang kini penasihat Kafa menghantar surat pengesahan menerima pencalonannya kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, tengah hari ini.

“Alhamdulillah. Serah borang menerima pencalonan jawatan presiden FAM, calon pertama atas semangat kesukanan,” kata Annuar dalam tulisan terbaru di Facebooknya.

Seorang lagi tokoh yang sudah menyatakan kesediaan bertanding – namun belum menyerahkan borang pengesahan – ialah Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.  [Read more…] about Jawatan presiden FAM: Annuar yang pertama!!

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: annuar musa tanding jawatan FAM, tsam tanding jawatan presiden FAM

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 409
  • Page 410
  • Page 411
  • Page 412
  • Page 413
  • Interim pages omitted …
  • Page 479
  • Go to Next Page »

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2026 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in