THE JDT DOT COM

Keputusan Penuh liga super dan carta terkini Liga Super 2017/18

  • Home
  • Carta Liga Super
  • Carta liga EPL /BPL

mrjdt February 6, 2017

Mampukah TMJ hadapi pengaruh Umno di FAM?

Share this on WhatsApp

FAM,

Nampak macam senang je TMJ nak menang, tapi ada beberapa halangan yang kita sedia maklum sebelum ini. Nampaknya pengaruh politik memainkan peranan penting, diantara populariti, pengaruh , wang dan ambisi bakal menjadi titik tolak dalam kepimpinan FAM yang baru nanti. Kita sukar untuk ketahui siapa yang bakal menjadi presiden FAM mac nanti?? Ini kerana…. Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, perlu berdepan dengan pengaruh kerajaan atau Umno jika beliau benar-benar berhasrat bertanding jawatan presiden FAM.

Selepas sekian lama bayangan parti pemerintah menjadi ‘payung besar’ FAM, ada kemungkinan besar tradisi itu mahu dipertahankan pihak-pihak berkepentingan.

Malah dalam pencalonan awal untuk jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara itu, Umno (walaupun mungkin secara tidak langsung) dilihat sudah meletakkan dua calon terbaik mereka.

Pencalonan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dilihat sebagai isyarat jelas bahawa pengaruh Umno mahu kekal disematkan di Wisma FAM Kelana Jaya. 

Annuar sendiri hari ini sudah mengesahkan pencalonannya sejurus selepas Tunku Ismail mendapat restui ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, untuk menjaga hal ehwal bola Malaysia melalui FAM.

Sekiranya Tunku Ismail nanti benar-benar menerajui FAM, keghairahan beliau dalam memajukan bola sepak tentu menyukarkan sebarang usaha mengambil kesempatan oleh mana-mana pihak melalui sisi-sisi lain dalam sistem bola sepak itu sendiri.

Malah, sistem sedia ada kemungkinan besar akan dirombak seperti yang dituntut barisan penyokong tegar TMJ dalam usaha beliau menyingkir ‘kotoran-kotoran lampau’ yang menjadi duri dalam daging.

Bermula daripada sistem pengurusan sehinggalah dalam urusan “budak milo” (merujuk kepada tukang kutip bola ketika sesuatu perlawanan) bakal diberi landskap baru atau muka baru.

Pemilik kelab bola sepak JDT itu juga diharap dapat melupuskan anasir-anasir kronisme yang dikatakan menjadi darah daging dalam budaya pentadbiran organisasi di Malaysia tercinta ini.

Modal ceramah politik

Dalam FAM sendiri, kini dikatakan ada dua kem sedang bersaing dengan setiap satu menyokong kumpulan pro-Umno dan satu lagi pro-TMJ.

Satu pihak mahu sistem sedia ada dipertahankan, dan satu lagi mengharapkan berlaku rombakan besar-besaran oleh TMJ.

Dalam seputar isu siapa bakal mengetuai FAM, sifir sedemikian – kewujudan pengaruh Umno – adalah hakikat yang perlu ditelan.

Bola sepak adalah sukan kegemaran rakyat di seluruh dunia dan tidak kecuali di negara kita. Umno pula khususnya mahu menggunakan keunikan sukan ini menaikkan kredibiliti mereka di mata umum.

“Siapa yang majukan bola sepak Malaysia? Jawabnya, Umno, kerajaan!” Sekurang-kurangnya laungan begitu mungkin dapat didengari menjadi modal ceramah-ceramah politik menjelang pilihan raya umum nanti.

Ada kemungkinan, dengan kesediaan Annuar bertanding sebagai salah seorang calon presiden FAM, ia akan disusuli dengan penarikan diri Khairy.

Jika keadaan itu berlaku – dan andainya Annuar berjaya – beliau secara langsung juga akan bekerjasama dengan Khairy yang kini rancak membangunkan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Nampak macam mustahil untuk kedua-dua mereka tampil bertanding untuk jawatan itu dengan matlamat yang sama.

Seorang lagi calon ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat, dilihat sebagai tokoh yang mendapat perhatian Tunku Ismail.

Aseh kemungkinan besar akan berundur sekiranya bos Harimau Selatan itu benar-benar mahu bertanding selepas diberi ‘lampu hijau’ sekali gus bakal mewujudkan pertandingan dua penjuru.

Ia susulan sokongan yang ditunjukkan wakil 14 daripada 20 ahli gabungan yang menyertai delegasi menghadap Sultan Ibrahim di Kelab Polo Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Sementara Annuar, sedang bergelut dengan siasatan SPRM susulan dakwaan penyelewengan dana Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan digantung tugas sebagai pengerusi organisasi itu.

Menjelang tarikh Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac depan, di atas kertas, Tunku Ismail dilihat sudah menang berbanding Annuar, sama ada dari aspek teknikal mahupun moral.

Namun seperti biasa, kata pemutus tetap terletak pada tangan-tangan yang mengundi pada pemilihan itu nanti.

 

Share this:

  • Tweet
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Share on Tumblr

Related

Share this on WhatsApp

Filed Under: Liga Super Tagged With: pengaruh TMJ vs Pengaruh Umno, siapa bakal terajui fam 2017, TMJ vs Annuar Musa

KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 2020

EPL Standing Table 2019/20

# Team P
1 Leicester City 38
2 Manchester United 37
3 Manchester City 35
4 Liverpool 34
5 Tottenham Hotspur 33
6 Everton 32
7 West Ham United 32
8 Chelsea 29
9 Southampton 29
10 Arsenal 27
11 Aston Villa 26
12 Leeds United 23
13 Crystal Palace 23
14 Wolverhampton Wanderers 22
15 Newcastle United 19
16 Brighton & Hov… 17
17 Burnley 16
18 Fulham 12
19 West Bromwich Albion 11
20 Sheffield United 5

Kedudukan terkini carta liga super 2020

# Team P

JADUAL EPL 2020/21

Monday, December 28, 2020
Everton 08:00 Manchester City
Sunday, January 3, 2021
Burnley 08:00 Fulham
Wednesday, January 13, 2021
Aston Villa 08:00 Tottenham Hotspur
Sunday, January 17, 2021
Aston Villa 08:00 Everton
Wednesday, January 20, 2021
Leeds United 08:00 Southampton
Thursday, January 21, 2021
Manchester City 02:00 Aston Villa
Fulham 04:15 Manchester United
Friday, January 22, 2021
Liverpool 04:00 Burnley
Sunday, January 24, 2021
Aston Villa 04:00 Newcastle United
Wednesday, January 27, 2021
Crystal Palace 02:00 West Ham United
Newcastle United 02:00 Leeds United
West Bromwich Albion 04:15 Manchester City
Southampton 04:15 Arsenal
Thursday, January 28, 2021
Burnley 02:00 Aston Villa
Chelsea 02:00 Wolverhampton Wanderers
Brighton & Hov… 03:30 Fulham
Everton 04:15 Leicester City
Manchester United 04:15 Sheffield United
Friday, January 29, 2021
Tottenham Hotspur 04:00 Liverpool

Carta liga perdana 2020

# Team P

Artikel Terkini

  • Kebenaran Skuad Harimau Malaya berlatih melegakan – Pengurus Pasukan
  • Live streaming thailand open badminton 17.1.2021 Final Double malaysia vs thailand
  • Live streaming separuh akhir thailand open 16.1.2020 (beregu malaysia vs indonesia)
  • Kepulangan awal Safawi dari kelab Portugal , beri impak positif atau negatif?
  • Live streaming Melaka united vs jdt liga super 10.10.2020

Categories

Archives

Jadual Perlawanan Liga Super 2020

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Pages

  • About Us
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Privacy

Copyright © 2021 · Streamline Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in