• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
    • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Feb 06 2017

Jawatan presiden FAM: Annuar yang pertama!!

tsam, tan sri annuar musa tanding jawatan FAM

Huyoo, TSAM bertanding juga walaupun terpalit dengan skandal rasuah yang melanda dengan MARA. Seorang lagi tokoh hari ini mengesahkan penyertaan dalam perebutan jawatan presiden FAM. Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa menjadi calon pertama membuat pengesahan bertanding merebut jawatan itu pada kongres ke-53 FAM, 25 Mac ini.

Annuar yang kini penasihat Kafa menghantar surat pengesahan menerima pencalonannya kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, tengah hari ini.

“Alhamdulillah. Serah borang menerima pencalonan jawatan presiden FAM, calon pertama atas semangat kesukanan,” kata Annuar dalam tulisan terbaru di Facebooknya.

Seorang lagi tokoh yang sudah menyatakan kesediaan bertanding – namun belum menyerahkan borang pengesahan – ialah Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

Kedua-dua mereka terlibat – sama ada secara langsung atau tidak – dalam perbalahan mengenai bola sepak, malah perkembangan itu turut menyaksikan Annuar digantung jawatannya sebagai pengerusi MARA. Ketua Penerangan Umno itu juga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, Tunku Ismail tampil dengan pendedahannya mendakwa wujud unsur salah guna kuasa melibatkan MARA melalui penajaan pasukan bola sepak Kelantan yang diterajui Annuar sebelum ini.

Annuar dalam reaksinya selepas itu bagaimanapun menjelaskan, MARA tidak pernah menaja pasukan bola sepak Kelantan “walau satu sen” pun. Malah kata Annuar, logo 50 tahun MARA pada bahagian lengan jersi pasukan TRW dipamerkan secara percuma, walaupun ia sebenarnya bernilai RM250,000.

Selain itu, pemilik kelab JDT itu juga pernah menggemparkan peminat bola sepak tanah air dengan dakwaan rasuah melibatkan FAM melalui kandungan maklumat dalam sebuah pendrive. Bagaimanapun, siasatan lanjut oleh SPRM mengesahkan tiada bukti-bukti menunjukkan dakwaan tersebut.

Sementara itu, dua lagi calon yang layak bertanding kerusi panas FAM itu ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat.
Apa kata anda?? Dijangka orang yang menyokong TSAM adalah pro umno, manakala TMJ sebaliknya. Kita tunggu dah saksikanya.

credit to malaysiakini.

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: annuar musa tanding jawatan FAM, tsam tanding jawatan presiden FAM

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2026 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in