KUALA LUMPUR: Perubahan format untuk baki saingan Liga Malaysia (Liga M) selepas penularan Virus covid19 tampak dapat memberikan penjimatan sekali gus melegakan sedikit beban kewangan setiap pasukan bertanding. Kritikal sebenarnya tabung gaji pemain bola sepak sekarang ini. Kalau tak betul-betul mahu boleh bankrup jadinya. Serius ini perkara yang betul boleh berlaku.
Situasi itu diakui Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Satianathan yang turut menyifatkan perancangan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menyambung kembali saingan pada September dengan format baharu sebagai langkah terbaik yang boleh diambil ketika pandemik itu.
“Saya puji perancangan MFL yang mahu meneruskan saingan liga kerana seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, pembatalan liga akan memberi implikasi yang besar kepada semua pihak.
“Tetapi dengan perancangan baharu ini, walaupun kurang perlawanan berbanding tahun sebelumnya tetapi setidak tidaknya, ada penjimatan di situ sebagai contoh daripada kos penyewaan stadium, kos unit keselamatan kalau beraksi tanpa penyokong dan sebagainya.
“Untuk itu, saya harap lembaga stadium pun bolehlah membantu pasukan selepas saingan kembali berlangsung nanti. Mungkin mereka boleh bagi potongan harga apabila pasukan menyewa stadium untuk perlawanan,” katanya.
Dalam masa sama, pengendali Selangor itu turut melihat perancangan itu akan terus membantu skuad kebangsaan untuk mendapatkan aksi kompetitif sebagai persediaan untuk pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada Oktober dan November nanti. [Read more…] about Ubah format jimat kos,Liga Malaysia 2020 (FAM)