THE JDT DOT COM

Keputusan Penuh liga super dan carta terkini Liga Super 2017/18

  • Home
  • Carta Liga Super
  • Carta liga EPL /BPL
Suwon tersungkur di baham harimau selatan 1-2

mrjdt March 4, 2020

Suwon tersungkur di baham harimau selatan 1-2

 

Fuhh macam dalam mimpi pulak. Tetapi inilah realitinya. Pasukan jdt bukan sekadar jaguh kampung.  JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan aksi luar biasa apabila melakar kejutan ke atas Suwon Bluewings selepas menewaskan kelab dari Korea itu 2-1 pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, hari ini.

JDT mendahului kelab dari Korea itu 1-0 hasil sepakan penalti Gonzalo Cabrera pada babak pertama tapi anak didik Lee Lim-saeng bangkit menyamakan jaringan di awal babak kedua menerusi gol pemain gantian, Terry Antonis.

JDT kutip tiga mata penuh, jaringan kemenangan Mauricio. 

Namun Mauricio Nascimento muncul wira buat JDT selepas merentap semangat juang Suwon Bluenwings apabila menjaringkan gol kemenangan tuan rumah sekali gus meraih tiga mata pertama dalam saingan ACL. Sebelum ini beliau juga yang menjaringkan gol kemenangan bertemu dengan kedah dalam aksi liga super , piala sumbangsih pada minggu lepas menewaskan kedah 1-0.

Harris harun mengalami kecederaan, perlu pemain gantian. 

Pada perlawanan itu, skuad Harimau Selatan terpaksa membuat rombakan pada saat akhir selepas kapten Hariss Harun diketepikan akibat mengalami kecederaan ketika sesi latihan terakhir menjelang pertembungan menentang kelab dari Korea itu.

Malah skuad bimbingan Benjamin Mora juga terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan Aidil Zafuan Abd Radzak yang turut mengalami kecederaan ketika aksi menentang Kedah dalam saingan pembuka tirai Liga Super, 28 Februari lalu.

Situasi itu tidak menghalang skuad Harimau Selatan untuk cuba memberi tekanan kepada anak didik Lim-saeng apabila Safawi Rasid berjaya menyusup masuk ke dalam kotak penalti pada minit ketiga namun bola rembatan leret begitu lemah dan terus ditangkap kemas penjaga gol, No Dong-geon.

Ketika aksi memasuki minit ke-11, tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil dari Iran, Alireza Faghabi selepas Min Sanggi menjatuhkan Diogo Luis Santo di dalam kotak penalti dan Cabrera yang mengambil sepakan itu menyepak bola tepat ke penjuru kanan menewaskan Dong-geon pada minit ke-13.

Pelawat yang tertekan dengan jaringan itu mula menggasak ke kubu tuan rumah untuk memburu gol penyamaan namun paada minit ke-15 peluang terhidang terlepas begitu sahaja selepas bola rembatan Adam Taggart yang tidak di kawal tatkala berada di luar kotak penalti sekadar melepasi palang gol.

JDT seharusnya menambah jaringan pada minit ke-38 selepas tindakan berani Luis Santo yang berjaya melepasi Doneil Henry namun penyerang JDT itu lambat untuk melakukan penyudah biarpun berada di dalam kotak penalti dan Henry bijak menghalang pemain itu.

Yang pasti gol tunggal Cabrera menerusi sepakan penalti menjadi pencetus semangat buat JDT bagi mengharungi babak kedua selepas menamatkan aksi babak pertama dengan mendahului Suwon Bluewings.

Namun JDT gagal mempertahankan gol tunggal itu apabila pelawat bangkit untuk menyamakan jaringan pada minit ke-55 selepas Antonis bertindak melakukan sepakan lencong tepat ke penjuru kanan gawang menyaksikan penjaga gol, Farizal Marlias terpaku melihat bola menerjah jaring.

Bagaimanapun, skuad Harimau Selatan kembali menyerlah pada minit ke-73 selepas merobek gawang Suwon Bluewings berpunca daripada bola sepakan lintang Nazmi Faiz Mansor menyaksikan Nascimento menanduk bola kemas menewaskan Dong-geon dan kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Filed Under: Piala ACL Tagged With: jdt menang 2-1 keatas suwon 3.3.2020, Suwon tersungkur di baham harimau selatan 1-2

KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 2020

EPL Standing Table 2019/20

# Team P
1 Manchester United 40
2 Manchester City 38
3 Leicester City 38
4 Liverpool 34
5 Tottenham Hotspur 33
6 Everton 32
7 West Ham United 32
8 Aston Villa 29
9 Chelsea 29
10 Southampton 29
11 Arsenal 27
12 Leeds United 23
13 Crystal Palace 23
14 Wolverhampton Wanderers 22
15 Burnley 19
16 Newcastle United 19
17 Brighton & Hov… 17
18 Fulham 12
19 West Bromwich Albion 11
20 Sheffield United 5

Kedudukan terkini carta liga super 2020

# Team P

JADUAL EPL 2020/21

Monday, December 28, 2020
Everton 08:00 Manchester City
Sunday, January 3, 2021
Burnley 08:00 Fulham
Wednesday, January 13, 2021
Aston Villa 08:00 Tottenham Hotspur
Sunday, January 17, 2021
Aston Villa 08:00 Everton
Wednesday, January 20, 2021
Leeds United 08:00 Southampton
Wednesday, January 27, 2021
Crystal Palace 02:00 West Ham United
Newcastle United 02:00 Leeds United
West Bromwich Albion 04:15 Manchester City
Southampton 04:15 Arsenal
Thursday, January 28, 2021
Burnley 02:00 Aston Villa
Chelsea 02:00 Wolverhampton Wanderers
Brighton & Hov… 03:30 Fulham
Everton 04:15 Leicester City
Manchester United 04:15 Sheffield United
Friday, January 29, 2021
Tottenham Hotspur 04:00 Liverpool

Carta liga perdana 2020

# Team P

Artikel Terkini

  • Faizal Azumu letak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA)
  • Senarai penuh pemain Petaling Jaya city fc musim 2021
  • Kebenaran Skuad Harimau Malaya berlatih melegakan – Pengurus Pasukan
  • Live streaming thailand open badminton 17.1.2021 Final Double malaysia vs thailand
  • Live streaming separuh akhir thailand open 16.1.2020 (beregu malaysia vs indonesia)

Categories

Archives

Jadual Perlawanan Liga Super 2020

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Pages

  • About Us
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Privacy

Copyright © 2021 · Streamline Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in