KUALA LUMPUR: Pengkritik bola sepak tempatan, Serbegeth Singh menjangkakan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak akan berdepan masalah untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut musim ini.
Serbegeth atau lebih mesra dipanggil Shebby berkata, ia berdasarkan persembahan konsisten skuad kendalian Benjamin Mora selepas 12 perlawanan liga musim ini dan menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum tewas.
Malah, katanya, peluang cerah yang dimiliki JDT ketika ini turut dibantu dengan aksi tidak menentu pencabar mereka terutama Pahang dan Kedah.
“Pasukan seperti Kedah dan Pahang hanya menjadi buah mulut di awal musim sebagai pasukan yang mampu memberi cabaran, tapi realitinya JDT terlampau kuat.
“Melihat kepada persembahan individu, corak taktikal dan konsistensi, JDT mempunyai ciri-ciri untuk mengekalkan kejuaraan. Cuma pemain mereka perlu mengelak daripada sikap terlampau yakin.
“Bagi saya (kedudukan) JDT tidak akan dicabar (lagi) dan kelebihan lima mata yang dimiliki mereka akan terus bertambah selepas ini,” katanya kepada BH Sukan.
[Read more…] about JDT sudah boleh sambut piala-Serbegeth Singh