KUALA LUMPUR: Pengkritik bola sepak tempatan, Serbegeth Singh menjangkakan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak akan berdepan masalah untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut musim ini.
Serbegeth atau lebih mesra dipanggil Shebby berkata, ia berdasarkan persembahan konsisten skuad kendalian Benjamin Mora selepas 12 perlawanan liga musim ini dan menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum tewas.
Malah, katanya, peluang cerah yang dimiliki JDT ketika ini turut dibantu dengan aksi tidak menentu pencabar mereka terutama Pahang dan Kedah.
“Pasukan seperti Kedah dan Pahang hanya menjadi buah mulut di awal musim sebagai pasukan yang mampu memberi cabaran, tapi realitinya JDT terlampau kuat.
“Melihat kepada persembahan individu, corak taktikal dan konsistensi, JDT mempunyai ciri-ciri untuk mengekalkan kejuaraan. Cuma pemain mereka perlu mengelak daripada sikap terlampau yakin.
“Bagi saya (kedudukan) JDT tidak akan dicabar (lagi) dan kelebihan lima mata yang dimiliki mereka akan terus bertambah selepas ini,” katanya kepada BH Sukan.
Skuad Harimau Selatan berjaya mengumpul 30 mata untuk berada di persada liga dan lima mata meninggalkan Pahang yang menghuni tangga kedua.
Kedah pula semakin jauh daripada perebutan kejuaraan liga selepas ketinggalan 11 mata dari JDT dengan saingan berbaki 10 perlawanan lagi.
Shebby yang juga bekas pemain kebangsaan berkata JDT dapat mengekalkan prestasi dalam liga kerana skuad besar yang dimiliki Mora selain mendapat pendedahan di tahap tertinggi, Liga Juara-Juara Asia (ACL).
“Prestasi Pahang dilihat turun naik, itu yang membezakan dengan JDT yang lebih konsisten. Ia kerana sikap pemain JDT yang berebut untuk mendapat tempat dalam skuad utama.
“Kita tahu JDT memiliki ramai pemain berkualiti dan ia mewujudkan persaingan yang sangat tinggi antara mereka sendiri. Jadi, ini keadaan yang tiada dalam pasukan lain,” katanya.
KEMENANGAN JDT dipertikai.
Pasukan jdt untuk tahun ini biarpun belum ada tewas lagi, ianya tetap dikritik oleh Nitizen kerana keputusan pengadil yang menjadi pertikaian terutamanya pada perlawanan jdt vs felda united di larkin , 3 kad merah dan masa tambahan yang terlalu banyak.
Namun bagi penulis, masih terlalu awal untuk mengatakan pasukan jdt akan menjadi juara liga super 2019 kali ini. Sebab pasukan masing-masing sudah membuat pertukaran pemain dalam transfer window kedua bulan ini bagi liga super 2019.
Pasukan perak, dan felda united. Yang lain masih belum nampak lagi.