Nampak macam senang je TMJ nak menang, tapi ada beberapa halangan yang kita sedia maklum sebelum ini. Nampaknya pengaruh politik memainkan peranan penting, diantara populariti, pengaruh , wang dan ambisi bakal menjadi titik tolak dalam kepimpinan FAM yang baru nanti. Kita sukar untuk ketahui siapa yang bakal menjadi presiden FAM mac nanti?? Ini kerana…. Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, perlu berdepan dengan pengaruh kerajaan atau Umno jika beliau benar-benar berhasrat bertanding jawatan presiden FAM.
Selepas sekian lama bayangan parti pemerintah menjadi ‘payung besar’ FAM, ada kemungkinan besar tradisi itu mahu dipertahankan pihak-pihak berkepentingan.
Malah dalam pencalonan awal untuk jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara itu, Umno (walaupun mungkin secara tidak langsung) dilihat sudah meletakkan dua calon terbaik mereka.
Pencalonan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dilihat sebagai isyarat jelas bahawa pengaruh Umno mahu kekal disematkan di Wisma FAM Kelana Jaya. [Read more…] about Mampukah TMJ hadapi pengaruh Umno di FAM?