TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya memandang serius terhadap tindakan melampau penyokong Indonesia yang menghina negara ini pada Kejuaraan Bawah 16 (B-16) AFF 2018 di Surabaya.
Dalam satu kenyataan menerusi laman Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim serta bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, menegaskan penghormatan terhadap nama negara seharusnya menjadi keutamaan meskipun terpaksa mengambil keputusan yang sukar demi kebaikan. [Read more…] about ‘Menteri KBS, tolong pandang serius!’-TMJ