Haishh baru je 4 game je pun takkan nak batal pulak liga super edisi 2020 kali ini. Apepun kita harap penularan wabak ini dapat diatasi kalau tak dengan teruk pun, dapat diatasi dengan bijaksana.
KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) masih belum memutuskan mengenai tempoh penangguhan saingan Liga Malaysia (Liga M) 2020 yang terjejas susulan penularan wabak COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata tempoh penangguhan itu tertakluk kepada saranan dan panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan keadaan semasa dan tahap ancaman wabak penyakit berjangkit itu. [Read more…] about Liga Super 2020 tak akan dibatalkan