• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Mar 16 2020

Liga Super 2020 tak akan dibatalkan

Share this on WhatsApp

mfl

Haishh baru je 4 game je pun takkan nak batal pulak liga super edisi 2020 kali ini. Apepun kita harap penularan wabak ini dapat diatasi kalau tak dengan teruk pun, dapat diatasi dengan bijaksana.

KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) masih belum memutuskan mengenai tempoh penangguhan saingan Liga Malaysia (Liga M) 2020 yang terjejas susulan penularan wabak COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata tempoh penangguhan itu tertakluk kepada saranan dan panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan keadaan semasa dan tahap ancaman wabak penyakit berjangkit itu.

Beliau, bagaimanapun berkata MFL selaku badan pentadbir Liga-M mempunyai perancangan teliti sekiranya perjalanan liga domestik terpaksa ditangguhkan sehingga Jun.

“Kita sentiasa berhubung dengan KKM untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai COVID-19 untuk membuat keputusan mengenai tempoh penangguhan perjalanan liga dan secara mudahnya, jika kes menunjukkan penurunan ia mungkin isyarat liga boleh dijalankan lebih awal.

Tetapi melihat kepada perkembangan terkini, jumlah kes itu bertambah dan MFL bersedia sekiranya liga perlu ditangguhkan sehingga April, Mei atau Jun. Kita mempunyai perancangan dan komited untuk habiskan saingan liga musim 2020 ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Jumaat lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MFL mengarahkan kesemua pertandingan Liga-M minggu lepas dijalankan tanpa penonton sebelum ia akan ditangguhkan sementara sebagai langkah membendung penularan COVID-19

Selepas empat perlawanan Liga-M, juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) kekal sebagai pendahulu dengan mengumpul 10 mata, sementara Terengganu FC II gah di persada Liga Premier selepas meraih kemenangan dalam empat aksi pertama.

Dalam pada itu, Ab Ghani berkata MFL setakat ini tidak mempunyai perancangan untuk menamatkan saingan liga secara pramatang.

Namun, beliau berkata tempoh penangguhan yang panjang akan mengakibatkan pasukan bertanding berdepan jadual perlawanan yang padat sejurus Liga-M bersambung semula. – BERNAMA

 

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: Liga Super 2020 tak akan dibatalkan, liga super dibatalkan, liga super ditangguhkan, mfl dibatalkan edisi 2020

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d