Setelah berteka-teki, kita pun tak pasti bila liga super akan bermula. Semalam, Menteri kanan, (Keselamatan, telah mengumumkan tarikh mula sepak kaki liga super 2020). Perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadualkan bermula pada 26 Ogos ini, (rabu) kekal berlangsung tanpa kehadiran penonton, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Keputusan ini telah diambil setelah mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak penganjur perlu memastikan semua garis panduan yang ditetapkan dipatuhi,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Sebelum ini dilaporkan Kementerian Belia dan Sukan akan meminta nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung penganjuran semula Liga-M ekoran peningkatan jumlah kes COVID-19 di dalam negara ketika ini.
Bertangguh sejak mac yang lalu.
Liga-M 2020 yang ditangguhkan sejak 16 Mac lepas akibat penularan COVID-19 akan bermula pada 26 Ogos dengan aksi serentak Liga Super dan Liga Premier manakala saingan Piala Malaysia akan bermula pada 17 Oktober.
Sementara itu mengulas mengenai kempen Pembudayaan Norma Baharu, Ismail Sabri berkata pihak swasta termasuk persatuan-persatuan runcit dan pengusaha makanan serta badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu mengambil bahagian dibenarkan untuk mengguna logo Polis Diraja Malaysia pada poster kempen mereka.
“Logo Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan PDRM bagi poster kempen kesedaran yang dikeluarkan oleh pihak swasta dan persatuan adalah dibenarkan untuk menunjukkan sokongan agensi-agensi itu dalam kempen ini dan bukan untuk tujuan perniagaan,”katanya. [Read more…] about Liga-M akan berlangsung tanpa penonton, mula pada 26 ogos 2020