Nampaknya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius kritikan yang dilemparkan kepada pengadil perlawanan musim ini. Isu ini tak pastilah macam mana di luar negara. Kalau epl takda cerita pasal pengadil malam ini , dung dang . Biasa dia akan kritik dia punya pemain. Benda ini memang akan ada efek. Seolah-olah pengadil ini makan rasuah katanya. Seperti apa yang dikatakan oleh nitizen sekarang ini banyak mengatakan bahawa semua game sudah diatur untuk jdt semata-mata. What the fish??
Menurut laporan Berita Harian, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menyatakan bahawa FAM telah menghantar surat tunjuk sebab kepada dua jurulatih pasukan Liga Super yang sebelum ini telah mengkritik pegawai perlawanan secara terbuka.
Namun begitu, Stuart enggan mendedahkan nama-nama jurulatih yang telah menerima surat tunjuk sebab itu tetapi mendedahkan bahawa salah seorang daripada mereka sudah membalas surat tunjuk sebab itu. [Read more…] about FAM hantar surat tunjuk sebab kepada dua jurulatih Liga Super