Nampaknya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius kritikan yang dilemparkan kepada pengadil perlawanan musim ini. Isu ini tak pastilah macam mana di luar negara. Kalau epl takda cerita pasal pengadil malam ini , dung dang . Biasa dia akan kritik dia punya pemain. Benda ini memang akan ada efek. Seolah-olah pengadil ini makan rasuah katanya. Seperti apa yang dikatakan oleh nitizen sekarang ini banyak mengatakan bahawa semua game sudah diatur untuk jdt semata-mata. What the fish??
Menurut laporan Berita Harian, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menyatakan bahawa FAM telah menghantar surat tunjuk sebab kepada dua jurulatih pasukan Liga Super yang sebelum ini telah mengkritik pegawai perlawanan secara terbuka.
Namun begitu, Stuart enggan mendedahkan nama-nama jurulatih yang telah menerima surat tunjuk sebab itu tetapi mendedahkan bahawa salah seorang daripada mereka sudah membalas surat tunjuk sebab itu.
“FAM sekarang mengambil langkah tegas dengan mana-mana jurulatih atau pihak pengurusan yang membuat komen yang mungkin tidak patut mengenai pegawai perlawanan atau apa-apa keputusan FAM.
“Saya tak nak dedahkan siapa yang FAM bagi surat itu, tapi memang dari minggu pertama (hingga sekarang) FAM sudah mengeluarkan dua surat tunjuk sebab kepada dua pengurus (jurulatih) pasukan Liga Super.”
Menurut beliau lagi, tindakan tersebut dikenakan adalah bagi menjaga integriti pengadil dan perlawanan Liga Super dan Liga Perdana. Siapa agaknya?? Dollah Salleh ke dan Irfan Bakti ke?? atau siapa lagi yang lantang mengkritik pengadil di media terus direct.
“Jika kita lihat baru-baru ini Jurgen Klopp (jurulatih Liverpool) pun kena (tindakan). Anda boleh ambil bukti daripada liga lain (mengenai tindakan terhadap) sebarang kenyataan yang keluar melalui media sama ada daripada jurulatih atau mana-mana pihak pengurusan mengenai pegawai perlawanan,” katanya.
Benda ini tidak boleh dibawak main-main. Melainkan kita sebagai nitizen yang memaki hamun di media sosial pun kadang-kadang membawa imej yang tidak elok kepada semua.