
Aikk hari tuh bukan beriya nak bertanding, nih dah nak berapa hari jer bertanding, tarik diri pulak. Tahu, TSAM bukan pilihan tapi kalau boleh biarlah gentleman lawan terus. Nak buat macam mana itulah keputusan dia maklumkan tadi kepada pihak akhbar.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diisytihar menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas lawannya, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan keputusan menarik diri daripada merebut kerusi panas itu.
Dalam sidang media yang diadakan hari ini, Annuar berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira komitmen TMJ terhadap bola sepak Malaysia dan perkenan Sultan Johor.
“Setelah berfikir dengan mendalam dan menimbang semua perkara, saya buat ketetapan untuk beri penghormatan pada calon satu lagi, Tengku Mahkota Johor agar baginda diberi kemenangan tanpa bertanding dan diisytihar presiden FAM yang baru.
“Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan Tengku Mahkota Johor boleh jadi aset penting kepada FAM.
“Sokongan dan perkenan duli Sultan Johor juga adalah penghormatan pada bola sepak Malaysia. Justeru, TMJ perlu diberi peluang yang seluas-luasnya untuk melakukan sesuatu untuk bola sepak Malaysia dan mengotakan segala janji baginda,” katanya pada sidang media di parlimen. [Read more…] about Annuar tarik diri, TMJ menang presiden FAM