• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Aug 14 2020

Liga-M akan berlangsung tanpa penonton, mula pada 26 ogos 2020

Share this on WhatsApp

liga super, logo liga super, logo rasmi liga super 2016,

Setelah berteka-teki, kita pun tak pasti bila liga super akan bermula. Semalam, Menteri kanan, (Keselamatan, telah mengumumkan tarikh mula sepak kaki liga super 2020). Perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadualkan bermula pada 26 Ogos ini, (rabu) kekal berlangsung tanpa kehadiran penonton, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Keputusan ini telah diambil setelah mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak penganjur perlu memastikan semua garis panduan yang ditetapkan dipatuhi,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sebelum ini dilaporkan Kementerian Belia dan Sukan akan meminta nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung penganjuran semula Liga-M ekoran peningkatan jumlah kes COVID-19 di dalam negara ketika ini.

Bertangguh sejak mac yang lalu.

Liga-M 2020 yang ditangguhkan sejak 16 Mac lepas akibat penularan COVID-19 akan bermula pada 26 Ogos dengan aksi serentak Liga Super dan Liga Premier manakala saingan Piala Malaysia akan bermula pada 17 Oktober.

Sementara itu mengulas mengenai kempen Pembudayaan Norma Baharu, Ismail Sabri berkata pihak swasta termasuk persatuan-persatuan runcit dan pengusaha makanan serta badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu mengambil bahagian dibenarkan untuk mengguna logo Polis Diraja Malaysia pada poster kempen mereka.

“Logo Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan PDRM bagi poster kempen kesedaran yang dikeluarkan oleh pihak swasta dan persatuan adalah dibenarkan untuk menunjukkan sokongan agensi-agensi itu dalam kempen ini dan bukan untuk tujuan perniagaan,”katanya.

Bagaimanapun, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada agensi yang berkaitan terlebih dahulu serta merujuk Garis Panduan Penyediaan Kandungan Bahan Promosi Kempen Pembudayaan Norma Baharu yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Kempen Pembudayaan Norma Baharu dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Ogos lepas bagi bagi menyemarakkan amalan kawalan kendiri dalam kalangan masyarakat bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Vaksin dijumpai di Russia, KKM perlu teliti dengan hati-hati. 

Berkenaan laporan penemuan vaksin COVID-19 oleh Russia, Ismail Sabri berkata KKM akan meneliti mengenai perkara itu sebelum membuat keputusan untuk menempah vaksin itu untuk kegunaan rakyat negara ini.

“Saya percaya KKM akan teliti dulu perkara itu. Sekarang ini banyak negara dakwa bahawa mereka telah jumpa vaksin, tapi sejauh mana boleh digunakan, sejauh mana ia berjaya, KKM akan teliti sebelum menempah mana-mana vaksin dan masih terlalu awal untuk buat keputusan itu,”katanya.

Dua hari lepas, Rusia dilaporkan mendakwa berjaya menghasilkan vaksin pertama yang menawarkan ‘imunisasi stabil’ bagi merawat jangkitan COVID-19.

Dalam pada itu, bagi soalan bilakah sempadan negara akan dibuka, Ismail Sabri berkata setakat ini negara masih belum membuat keputusan untuk membuka sempadan negara kepada pelancong asing berdasarkan keadaan semasa situasi COVID-19 negara.

“Belum, kita belum ada tarikh ditetapkan bila kita nak buka sempadan, kita perlu lihat keadaan semasa negara lain dan juga perlu melihat keadaan negara kita, jika semua telah ‘jelas’ (situasi COVID-19 baru kita buat keputusan,”katanya.

Sebelum ini dilaporkan Thailand tidak akan membuka pintu-pintu sempadan untuk pelancong antarabangsa sehingga tahun hadapan.

– Bernama

 

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: liga super bermula 26 ogos 2020, tarikh mula liga super 2020 setelah covid 19 melanda

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d