• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
    • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Sep 16 2026

JDT, Buriram United Sama Liat 1-1

jdt 1-1 buriram

ISKANDAR PUTERI, 15 September 2026 – Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas sekadar seri 1-1 menentang Buriram United dalam aksi pembukaan Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2026/2027 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam ini.

Pertembungan dua gergasi Asia Tenggara yang dianggap sebagai ‘El Clasico’ rantau ASEAN itu berlangsung dalam tempo tinggi sejak wisel permulaan, dengan kedua-dua pasukan saling mencipta peluang.

JDT hampir membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi tandukan Kevin Medina hasil sepakan sudut Arif Aiman Hanapi, namun bola hanya melewati sedikit gawang Buriram.

Gol JDT pada minit ke-22 pula dibatalkan selepas pengadil mengesan Oscar Arribas melakukan kekasaran terhadap penjaga gol Buriram, Neil Etheridge.

Namun Arribas tidak menunggu lama untuk menebus kekecewaan itu.

Pada minit ke-26, Marcos Guilherme melakukan gerakan pantas sebelum menghantar bola kepada Arribas yang tidak dikawal. Pemain itu kemudian melepaskan rembatan kencang dari jarak kira-kira 20 meter untuk menewaskan Etheridge dan meletakkan JDT di depan 1-0.

Kelebihan itu bagaimanapun tidak bertahan sehingga rehat.

Buriram menyamakan kedudukan pada minit ke-43 menerusi Stefan Schimmer yang menyudahkan hantaran Darlan Mendes dengan sepakan voli tepat ke penjuru kanan gawang Ahmad Syihan Hazmi.

Memasuki babak kedua, Xisco Munoz melakukan perubahan dengan memasukkan Bergson da Silva dan Nacho Mendez bagi memberikan lebih tenaga kepada jentera serangan serta bahagian tengah JDT.

Bergson hampir mengembalikan kelebihan JDT pada minit ke-49, namun rembatan derasnya hasil lorongan Guilherme berjaya ditepis Etheridge.

Lima minit kemudian, Guilherme turut hampir mencipta jaringan menerusi percubaan lencong selepas menerima hantaran Bergson, tetapi bola sekadar tersasar di sebelah kiri gawang.

Buriram kemudian terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas kapten Kenneth Dougall dilayangkan kad merah pada minit ke-57 susulan layangan kad kuning kedua kerana melakukan terjahan keras terhadap Mendez.

JDT terus menggandakan tekanan, namun penyudah yang diharapkan masih gagal menembusi gawang Buriram.

Peluang terbaik hadir pada minit ke-85 apabila Arif Aiman dijatuhkan di dalam kotak penalti dan JDT dihadiahkan sepakan penalti.

Bergson tampil sebagai pengambil, namun Etheridge sekali lagi menjadi penghalang apabila berjaya menepis sepakan penalti tersebut.

Selepas beberapa peluang terhidang gagal diterjemahkan menjadi gol, keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat.

JDT dan Buriram United akhirnya berkongsi satu mata dalam aksi pembukaan ACLE, dengan Harimau Selatan pasti kecewa kerana gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri serta peluang penalti pada penghujung perlawanan.

Written by mrjdt · Categorized: Piala ACL · Tagged: Buriram United Sama Liat 1-1, jdt

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2026 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in