THE JDT DOT COM

Keputusan Penuh liga super dan carta terkini Liga Super 2017/18

  • Home
  • Carta Liga Super
  • Carta liga EPL /BPL
Gambar Jersi JDT Home dan Away 2020

mrjdt February 1, 2020

Gambar Jersi JDT Home dan Away 2020

Share this on WhatsApp

JDT, logo jdt, logo rasmi jdt

Untuk maklmuman anda, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini bukanlah sebuah pasukan bola sepak yang biasa-biasa, ia sebuah pasukan dan kelab terbaik di Malaysia malah turut terkenal di Asia. Bermula dengan sebuah kelab yang kecil sambil mengorak langkah demi langkah bersama impian dan objektif yang mahu direalisasikan, transformasi tersebut ternyata berjaya membuahkan hasil.

Populariti pasukan Johor Darul Ta’zim berterusan melonjak seiring dengan kejayaan demi kejayaan telah berjaya diraih terutamanya dalam saingan Liga Malaysia dan yang paling tidak dapat dilupakan ialah kejayaan bersejarah merangkul kejuaraan Piala AFC pada tahun 2015 serta muncul sebagai pasukan pertama dari Malaysia yang layak beraksi dalam saingan Liga Juara Juara Asia (ACL).

Kini dalam kancah bola sepak tanahair, JDT telah menjadi kuasa dominan apabila mendominasi saingan Liga Super berturut-turut bermula tahun 2014 hingga 2019. Kejayaan yang direalisasikan oleh JDT pasti dicemburui. Namun disebaliknya ia telah memberi kesan positif terhadap mutu bola sepak tanah air selain merancakkan lagi persaingan kerana setiap pasukan pencabar pasti akan menyediakan sebuah pasukan yang terbaik bagi memberi cabaran kepada JDT.

Gambar Dan Harga Jersi Johor Darul Ta’zim JDT 2020

Bagi peminat dan penyokong setia, mereka sudah tentu mahu menjadi yang terawal melihat rekaan dan memiiki jersi replika Johor Darul Ta’zim. Daripada maklumat yang diterima oleh Infosentral, Jersi JDT direka khas oleh Nike (penaja rasmi) yang merupakan pengeluar pakaian sukan terkenal di dunia.

Jersi terbaru JDT musim 2020 direka dengan menggunakan teknologi terkini serta mengikut potongan badan pemain selain memberi keselesaan di bahagian bahu menjadikannya lebih ringan.

Pelancaran Jersi Baru JDT 2020

Tonton juga :  Live streaming pelancaran jersi baru JDT 2020

Majlis pelancaran  dan perasmian Jersi baru pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk para penyokong sewaktu pelancaran jersi selain penjualan barangan rasmi JDT.

Bagi mendapatkan info lanjut berkaitan dengan tarikh pelancaran jersi JDT 2020 dan gambar serta harga jersi ‘Home’, ‘Away’ JDT, sila rujuk pada ruangan di bawah.

Kalau ikut musim lepas, JDT menggunakan dua rekaan khas daripada ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat iaitu merah biru bagi tuan rumah dan jersi perlawanan di tempat lawan berwarna ungu.

Namun difahamkan pada musim ini, JDT akan menampilkan kelainan dengan jersi tanpa logo penaja di depan dan ada “effect gold” iaitu kesan warna keemasan pada leher serta lengan jersi.

hrh status

Malah, pemilik kelab JDT iaitu DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ), memberi bayangan jersi JDT pada musim 2020 menyerupai jersi AS Roma pada tahun 2006, 2013, 2014, 2016 atau 2017.

Menjadi kelaziman logo penaja akan dicetak pada belakang dan depan jersi sebuah pasukan bola sepak profesional namun TMJ pasti mahu kelainan dan sesuatu yang berbeza daripada apa yang ditampilkan oleh kelab lain dalam Liga Malaysia.

Gambar jersi JDT VERSI HOME DAN AWAY 2020

jersi jdt home ,

JERSI JDT AWAY 2020

JERSI JDT AWAY,

jersi jdt 2020

Sempena pelancaran jersi baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) musim 2020 pada 1 Februari ini, jualan serentak turut diadakan di setiap daerah negeri Johor. Para penyokong JDT boleh mendapatkan jersi tersebut di lokasi berikut;

1. Johor Bahru – Dataran Bandaraya Johor Bahru
2. Tangkak – Dataran Ledang, Tangkak
3. Kluang – Dataran Tasik, Kluang
4. Kulai – AEON Kulai
5. Pontian – Dataran Pontian
6. Mersing – Amphitheater Mersing
7. Segamat – Dataran Segamat
8. Batu Pahat – Batu Pahat Mall
9. Muar – Stadium Sultan Ibrahim, Muar
10. Kota Tinggi – Astaka Budaya

Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan segera jersi pasukan kesayangan anda. Nantikan juga ‘Facebook Live Update’ Majlis Pelancaran Jersi Baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim di laman rasmi JOHOR Southern Tigers.

Para penyokong yang berada di daerah-daerah juga boleh menyaksikannya melalui siaran live streaming yang dipaparkan di lokasi terpilih. Luaskan Kuasamu Johor.

 

Share this:

  • Tweet
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Share on Tumblr

Related

Share this on WhatsApp

Filed Under: Uncategorized Tagged With: beli jersi jdt 2020, gambar penuh jersi jdt 2020, jersi jdt 2020, jersi jdt away 2020, jersi jdt home 2020

Trackbacks

  1. Gambar Rasmi Jersi Terengganu 2020 - THE JDT DOT COM says:
    February 14, 2020 at 2:02 am

    […] JDT pun sudah merasmikan jersi jdt ada juga ramai yang komplen, tiru pasukan itulah , inilah. Video gimik tak islamiklah. Straight to point. Berikut adalah jersi rasmi bagi pasukan terengganu bagi edisi 2020. Boleh tahan juga ya. Jom kita tengok jersi terengganu edisi 2020 kali ini. Home , away dan bla bla. […]

KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 2020

EPL Standing Table 2019/20

# Team P
1 Manchester United 37
2 Manchester City 35
3 Leicester City 35
4 Liverpool 34
5 Tottenham Hotspur 33
6 Everton 32
7 Chelsea 29
8 Southampton 29
9 West Ham United 29
10 Aston Villa 26
11 Arsenal 24
12 Leeds United 23
13 Crystal Palace 23
14 Wolverhampton Wanderers 22
15 Newcastle United 19
16 Brighton & Hov… 17
17 Burnley 16
18 Fulham 12
19 West Bromwich Albion 11
20 Sheffield United 5

Kedudukan terkini carta liga super 2020

# Team P

JADUAL EPL 2020/21

Monday, December 28, 2020
Everton 08:00 Manchester City
Sunday, January 3, 2021
Burnley 08:00 Fulham
Wednesday, January 13, 2021
Aston Villa 08:00 Tottenham Hotspur
Sunday, January 17, 2021
Aston Villa 08:00 Everton
Tuesday, January 19, 2021
Arsenal 04:00 Newcastle United
Wednesday, January 20, 2021
West Ham United 02:00 West Bromwich Albion
Leicester City 04:15 Chelsea
Leeds United 08:00 Southampton
Thursday, January 21, 2021
Manchester City 02:00 Aston Villa
Fulham 04:15 Manchester United
Friday, January 22, 2021
Liverpool 04:00 Burnley
Sunday, January 24, 2021
Aston Villa 04:00 Newcastle United
Wednesday, January 27, 2021
Newcastle United 02:00 Leeds United
Crystal Palace 02:00 West Ham United
West Bromwich Albion 04:15 Manchester City
Southampton 04:15 Arsenal

Carta liga perdana 2020

# Team P

Artikel Terkini

  • Live streaming thailand open badminton 17.1.2021 Final Double malaysia vs thailand
  • Live streaming separuh akhir thailand open 16.1.2020 (beregu malaysia vs indonesia)
  • Kepulangan awal Safawi dari kelab Portugal , beri impak positif atau negatif?
  • Live streaming Melaka united vs jdt liga super 10.10.2020
  • Video perpisahan Safawi Rashid dengan TMJ

Categories

Archives

Jadual Perlawanan Liga Super 2020

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Pages

  • About Us
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Privacy

Copyright © 2021 · Streamline Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in