Perlawanan piala fa pusingan yang ketiga distadium Larkin malam ini. Pasukan jdt yang mendapat kelebihan untuk bye selama 2 perlawanan, pkns satu perlawanan by kemudian perlawanan pusingan 32 pasukan, menewaskan pasukan melaka united 3-2. Menang tipis keatas melaka united bukanlah satu kemenangan yang mudah. Ini kerana pasukan melaka united separuh masa kedua, mereka cuba untuk bangkit. Tetapi dihujung-hujung masa, sudah terlambat. [Read more…] about Live streaming jdt vs pkns 18.4.2019
Piala FA
Jualan tiket perlawanan akhir piala fa 2018, suram! dimana silapnya?
HAMBAR!!
Penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA 2018 antara Pahang dan Selangor pada Sabtu ini, dilihat agak hambar. Memanglah kedua-dua pasukan ini adalah team yang lebih senior dan legend berbanding team baru nak up macam jdt nih, semua orang benci. Namun, jualan tiket final piala fa kali ini sangat hampir. Dimana silapnya???
Kalau dulu, siap beratur panjang. Siap nak buat rusuhan lah, bengang itu ini. Demonstrasi jalan (ok bohong jer). Tup-tup tiket dah habis.Sekarang, lengang jer. Takda nak bergaduh bagai.
Perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan untuk memudahkan penyokong pasukan Tok Gajah, tiket berkenaan dijual di Stadium Darul Makmur dan Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Temerloh.
Tinjauan Bernama di Stadium Darul Makmur di sini setakat pukul 3 petang semalam, mendapati tiada barisan peminat beratur bagi mendapatkan tiket tersebut, selepas kaunter jualan mula dibuka pada pukul 9 pagi.
Seorang penyokong pasukan Pahang Fikri Amin, 40, yang datang pada pukul 10 pagi berkata beliau tidak menyangka ‘berhadapan dengan laluan mudah’ bagi mendapatkan tiket, kerana sudah beranggapan perlu beratur lama.
“Sekejap sahaja sudah sampai ke kaunter. Ada sembilan kaunter yang dibuka tapi orang tak ramai. Mungkin sebab masih pagi dan hari ini adalah hari bekerja,” katanya semasa ditemui di sini, hari ini.
Fikri yang berasal dari Pekan menambah juga beranggapan sambutan yang kurang itu mungkin disebabkan peminat bola sepak lebih berminat untuk mengikuti perlawanan Piala Dunia 2018 yang akan diadakan pada hari yang sama.
Sementara itu, Roslan Othman, 38, dari Felda Bukit Kuantan di Kuantan memberitahu beliau membeli tiga keping tiket dan akan bergerak ke ibu kota pada pagi Sabtu.
Roslan yang turut mengakui suasana kaunter jualan agak lesu masih optimis bahawa penyokong skuad kendalian Dollah Salleh akan memenuhi stadium pada Sabtu ini bagi memberi semangat moral.
“Saya dan keluarga juga amat teruja dan menanti penuh debaran untuk menonton apatah lagi ia peluang kedua buat Pahang merangkul Piala FA selepas gagal melakukannya tahun lalu.
“Ini juga waktu yang penting buat para penyokong menunjukkan sokongan padu kepada pasukan kesayangan dan peluang keemasan ini tidak harus dilepaskan,” katanya.
Seorang lagi penyokong, Hidayat Abdul Halim, 40, berkata dia tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan aksi secara langsung perlawanan akhir itu kerana dua pasukan itu ‘bukan calang-calang pasukan’.
Beliau yang akan berkonvoi ke Stadium Bukit Jalil bersama-sama rakannya berharap Pahang dapat mengubati kekecewaan merangkul Piala FA selepas tewas kepada Kedah pada tahun lalu.
Suasana penjualan tiket yang kurang memberangsangkan juga berkemungkinan kerana ramai mendapatkan tiket secara online di shopee.com.my, dengan peruntukkan sebanyak 18,000 keping tiket.
Difahamkan sebanyak 25,000 keping tiket diperuntukkan untuk dijual di Stadium Darul Makmur dan 5,000 keping lagi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh bagi memudahkan peminat di kawasan Pahang barat.
Tiket akhir dijual pada harga RM50 sekeping dan dihadkan kepada empat keping bagi setiap transaksi.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Norlia Abdul Manaf ketika dihubungi berkata pihaknya belum menerima laporan mengenai faktor kurangnya orang ramai membeli tiket di kaunter.
“Saya difahamkan memang sambutan agak kurang kali ini…sama ada ia disebabkan orang ramai lebih gemar membeli secara dalam talian itu saya belum dapat pastikan.
“Apapun saya masih menunggu laporan tentang jualan tiket tersebut,” katanya.
Pada hemat penulis, bukan sebab orang nak tengok secara talian (online), itu bukan sebab utama. Kalau sebab itu, tahun-tahun sebelum ini final ramai jer , full stadium jer. Tapi disebabkan banyak faktor sebenarnya.
- Musim piala dunia 2018 sekarang yang berlangsung di russia. Orang duk sibuk promote, cerita bahan-bahan troll semua pasal piala dunia jer. Liga malaysia langsung takda orang sibuk cerita.
- Musim politik yang tak habis-habis berperang di media sosial. Ini orang duk sibuk lagi jadi keyboard warrior. Sibuk lagi dengan kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib dengan 1mbdb, src dengan apa jadahnya, kita pun tak tahu menahu sangat. Bukan tak ambil tahu, cuma tak ambil serious sangat dengan perkembangan. Kita pun nak cari makan, ada kerja. Ada hal yang lebih penting untuk diketengahkan.
- Masih lagi dalam mood raya. Tak berapa setuju, raya pun dah nak habis sebenarnya.
- JDT factor, JDT tidak ke final, barangkali. Kalau jdt ke final mungkin orang akan berpusu-pusu untuk melihat game final ini. Tapi sekarang jdt punya dekat stadium larkin pun sama jer orangnya. Tak seghairah macam tahun-tahun yang lepas.
- Takda isu ulat tiket kali ini?? Kalau dulu, ada campur tangan politiklah, ada ambil kuota lah, hare tul.. Kali ini tiada isu ini berlaku, sebab game mungkin agak hambar sebenarnya.
- Ada lagi mahu tambah? sila komen di bahagian ruangan komen dibawah ini. Terima kasih..