THE JDT DOT COM

Keputusan Penuh liga super dan carta terkini Liga Super 2017/18

Advertisement




  • Home
  • Carta Liga Super
  • Carta liga EPL /BPL
  • Disclaimer
  • Pertanyaan/Question

mrjdt July 5, 2018

Jualan tiket perlawanan akhir piala fa 2018, suram! dimana silapnya?

Share this on WhatsApp
Sponsored Links :

piala fa, poster piala fa, lambang rasmi piala fa, piala fa 2016,

HAMBAR!!

Penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA 2018 antara Pahang dan Selangor pada Sabtu ini, dilihat agak hambar. Memanglah kedua-dua pasukan ini adalah team yang lebih senior dan legend berbanding team baru nak up macam jdt nih, semua orang benci. Namun, jualan tiket final piala fa kali ini sangat hampir. Dimana silapnya???

Kalau dulu, siap beratur panjang.  Siap nak buat rusuhan lah, bengang itu ini. Demonstrasi jalan (ok bohong jer). Tup-tup tiket dah habis.Sekarang, lengang jer. Takda nak bergaduh bagai.

Perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan untuk memudahkan penyokong pasukan Tok Gajah, tiket berkenaan dijual di Stadium Darul Makmur dan Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Temerloh.

Tinjauan Bernama di Stadium Darul Makmur di sini setakat pukul 3 petang semalam, mendapati tiada barisan peminat beratur bagi mendapatkan tiket tersebut, selepas kaunter jualan mula dibuka pada pukul 9 pagi.

Seorang penyokong pasukan Pahang Fikri Amin, 40, yang datang pada pukul 10 pagi berkata beliau tidak menyangka ‘berhadapan dengan laluan mudah’ bagi mendapatkan tiket, kerana sudah beranggapan perlu beratur lama.

“Sekejap sahaja sudah sampai ke kaunter. Ada sembilan kaunter yang dibuka tapi orang tak ramai. Mungkin sebab masih pagi dan hari ini adalah hari bekerja,” katanya semasa ditemui di sini, hari ini.

Fikri yang berasal dari Pekan menambah juga beranggapan sambutan yang kurang itu mungkin disebabkan peminat bola sepak lebih berminat untuk mengikuti perlawanan Piala Dunia 2018 yang akan diadakan pada hari yang sama.

Sementara itu, Roslan Othman, 38, dari Felda Bukit Kuantan di Kuantan memberitahu beliau membeli tiga keping tiket dan akan bergerak ke ibu kota pada pagi Sabtu.

Roslan yang turut mengakui suasana kaunter jualan agak lesu masih optimis bahawa penyokong skuad kendalian Dollah Salleh akan memenuhi stadium pada Sabtu ini bagi memberi semangat moral.

“Saya dan keluarga juga amat teruja dan menanti penuh debaran untuk menonton apatah lagi ia peluang kedua buat Pahang merangkul Piala FA selepas gagal melakukannya tahun lalu.

“Ini juga waktu yang penting buat para penyokong menunjukkan sokongan padu kepada pasukan kesayangan dan peluang keemasan ini tidak harus dilepaskan,” katanya.

Seorang lagi penyokong, Hidayat Abdul Halim, 40, berkata dia tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan aksi secara langsung perlawanan akhir itu kerana dua pasukan itu ‘bukan calang-calang pasukan’.

Beliau yang akan berkonvoi ke Stadium Bukit Jalil bersama-sama rakannya berharap Pahang dapat mengubati kekecewaan merangkul Piala FA selepas tewas kepada Kedah pada tahun lalu.

Suasana penjualan tiket yang kurang memberangsangkan juga berkemungkinan kerana ramai mendapatkan tiket secara online di shopee.com.my, dengan peruntukkan sebanyak 18,000 keping tiket.

Difahamkan sebanyak 25,000 keping tiket diperuntukkan untuk dijual di Stadium Darul Makmur dan 5,000 keping lagi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh bagi memudahkan peminat di kawasan Pahang barat.

Tiket akhir dijual pada harga RM50 sekeping dan dihadkan kepada empat keping bagi setiap transaksi.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Norlia Abdul Manaf ketika dihubungi berkata pihaknya belum menerima laporan mengenai faktor kurangnya orang ramai membeli tiket di kaunter.

“Saya difahamkan memang sambutan agak kurang kali ini…sama ada ia disebabkan orang ramai lebih gemar membeli secara dalam talian itu saya belum dapat pastikan.

“Apapun saya masih menunggu laporan tentang jualan tiket tersebut,” katanya.

Pada hemat penulis, bukan sebab orang nak tengok secara talian (online), itu bukan sebab utama. Kalau sebab itu, tahun-tahun sebelum ini final ramai jer , full stadium jer. Tapi disebabkan banyak faktor sebenarnya.

  1. Musim piala dunia 2018 sekarang yang berlangsung di russia. Orang duk sibuk promote, cerita bahan-bahan troll semua pasal piala dunia jer. Liga malaysia langsung takda orang sibuk cerita.
  2. Musim politik yang tak habis-habis berperang di media sosial. Ini orang duk sibuk lagi jadi keyboard warrior. Sibuk lagi dengan kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib dengan 1mbdb, src dengan apa jadahnya, kita pun tak tahu menahu sangat. Bukan tak ambil tahu, cuma tak ambil serious sangat dengan perkembangan. Kita pun nak cari makan, ada kerja. Ada hal yang lebih penting untuk diketengahkan.
  3. Masih lagi dalam mood raya. Tak berapa setuju, raya pun dah nak habis sebenarnya.
  4. JDT factor, JDT tidak ke final, barangkali. Kalau jdt ke final mungkin orang akan berpusu-pusu untuk melihat game final ini. Tapi sekarang jdt punya dekat stadium larkin pun sama jer orangnya. Tak seghairah macam tahun-tahun yang lepas.
  5. Takda isu ulat tiket kali ini?? Kalau dulu, ada campur tangan politiklah, ada ambil kuota lah, hare tul.. Kali ini tiada isu ini berlaku, sebab game mungkin agak hambar sebenarnya.
  6. Ada lagi mahu tambah? sila komen di bahagian ruangan komen dibawah ini. Terima kasih..

Share this:

  • Tweet
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Share on Tumblr

Related

Share this on WhatsApp

Filed Under: Piala FA Tagged With: jualan tiket final piala fa 2018 hambar, jualan tiket piala fa kureng, kenapa jualan tiket final piala fa tidak laku, piala fa 2018 hambar, punca tiket tidak terjual


KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 2019

EPL Standing Table 2019/20

# Team P
1 Liverpool 46
2 Leicester City 38
3 Manchester City 32
4 Chelsea 29
5 Manchester United 24
6 Wolverhampton Wanderers 24
7 Tottenham Hotspur 23
8 Sheffield United 22
9 Arsenal 22
10 Crystal Palace 22
11 Newcastle United 22
12 Brighton & Hov… 19
13 Burnley 18
14 Everton 17
15 AFC Bournemouth 16
16 West Ham United 16
17 Aston Villa 15
18 Southampton 15
19 Norwich City 11
20 Watford 9

Kedudukan terkini carta liga super 2019

# Team P

JADUAL EPL 2019/20

Saturday, December 14, 2019
Liverpool 20:30 Watford
Sheffield United 23:00 Aston Villa
Leicester City 23:00 Norwich City
Chelsea 23:00 AFC Bournemouth
Burnley 23:00 Newcastle United
Sunday, December 15, 2019
Southampton 01:30 West Ham United
Wolverhampton Wanderers 22:00 Tottenham Hotspur
Manchester United 22:00 Everton
Monday, December 16, 2019
Arsenal 00:30 Manchester City
Tuesday, December 17, 2019
Crystal Palace 03:45 Brighton & Hov…
Saturday, December 21, 2019
West Ham United 08:00 Liverpool
Everton 20:30 Arsenal
Norwich City 23:00 Wolverhampton Wanderers
Newcastle United 23:00 Crystal Palace
Brighton & Hov… 23:00 Sheffield United
Aston Villa 23:00 Southampton
AFC Bournemouth 23:00 Burnley
Sunday, December 22, 2019
Manchester City 01:30 Leicester City
Watford 22:00 Manchester United
Monday, December 23, 2019
Tottenham Hotspur 00:30 Chelsea

Carta liga perdana 2019

# Team P




Blog ini dikuasakan oleh :


Artikel Terkini

  • Live streaming Indonesia vs Vietnam sukan sea final 2019
  • Pandangan TMJ Tentang Prestasi Skuad Sukan Sea, Luqman Hakim, Pemain Berhijrah Ke Luar Negara
  • Malaysia vs Timor lesta 2.12.2019
  • Live streaming MALAYSIA VS FILIPINA U23 sukan esa 29 nov 2019
  • Live streaming MALAYSIA VS MYANMAR SEA GAMES 25.11.2019

Categories

Archives

Jadual Perlawanan Liga Super 2019

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Advertisement




Copyright © 2019 · Streamline Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in