Wahh statement berani mati, nih. Apepun kita tengok macam mana persembahan diaorang bertemu dengan pasukan jdt di bumi larkin. Steady dan rileks jer dulu.
JOHOR BAHRU: Kapten Global FC, Misagh Bahadoran melaungkan amaran betapa pasukan itu mampu meranapkan impian Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mencipta kemenangan apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi Kumpulan F Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, esok.
Pemain pertahanan kelab dari Filipina itu tidak menafikan JDT adalah pasukan hebat di rantau Asia Tenggara dan seandainya kemenangan mampu diraih, ia bakal melonjakkan lagi moral pemain Global FC untuk memastikan rekod bersih tanpa tewas sepanjang aksi pusingan pertama kekal. “Kami berada di tangga teratas kumpulan dan semestinya ingin kekal di kedudukan itu walaupun ia tugas berat buat kami, namun tidak mustahil untuk melakar kemenangan selepas berjaya melakukannya ketika menewaskan Boeungket Angkor FC 2-0, baru-baru ini.