P Sathianathan harus bertanggungjawab diatas kekalahan besar malam semalam. Macam mana red giant nih boleh tewas dengan semut merah nih. Pasukan adik lebih hebat , pkns seolah-oleh sudah jumpa formula untuk bangkit di perlawanan yang ketiga. Skuad datuk k raja gopal mengganas tak ingat macam kedah belasah felda united 4-0 jugak semalam.
KEPUTUSAN PENUH PKNS 4-0 SELANGOR :
Jaringan oleh:
- Nicholas Swirad 27″
- Kpah Sherman 49
-
Vathanaka C. 79″
-
Oswaldo R. 90″
SHAH ALAM: Apa sudah jadi dengan Selangor?
Ketika pasukan itu dicanang sebagai antara pasukan yang mampu menjadi pencabar kejuaraan Liga Super musim ini, sebaliknya berlaku selepas Gergasi Merah dilihat masih lagi belum bangkit daripada lena yang panjang.
Selepas sekadar seri berdepan dua pendatang baharu – FELDA United dan PJ City FC sebelum ini, anak buah B Sathianathan terus kempunan mencari kemenangan pertama musim ini selepas diaibkan pasukan ‘adik’, PKNS FC 4-0 pada aksi di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Pencapaian dua mata daripada tiga perlawanan ini nyata jauh lebih buruk jika dibandingkan dengan pencapaian musim lalu yang menyaksikan skuad The Red Giants berjaya mengutip enam mata daripada tiga perlawanan pertama. [Read more…] about Video penuh gol highlights selangor 0-4 pkns liga super 17.2.2019