• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Liga Super

Aug 14 2020

Liga-M akan berlangsung tanpa penonton, mula pada 26 ogos 2020

liga super, logo liga super, logo rasmi liga super 2016,

Setelah berteka-teki, kita pun tak pasti bila liga super akan bermula. Semalam, Menteri kanan, (Keselamatan, telah mengumumkan tarikh mula sepak kaki liga super 2020). Perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) yang dijadualkan bermula pada 26 Ogos ini, (rabu) kekal berlangsung tanpa kehadiran penonton, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Keputusan ini telah diambil setelah mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak penganjur perlu memastikan semua garis panduan yang ditetapkan dipatuhi,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sebelum ini dilaporkan Kementerian Belia dan Sukan akan meminta nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung penganjuran semula Liga-M ekoran peningkatan jumlah kes COVID-19 di dalam negara ketika ini.

Bertangguh sejak mac yang lalu.

Liga-M 2020 yang ditangguhkan sejak 16 Mac lepas akibat penularan COVID-19 akan bermula pada 26 Ogos dengan aksi serentak Liga Super dan Liga Premier manakala saingan Piala Malaysia akan bermula pada 17 Oktober.

Sementara itu mengulas mengenai kempen Pembudayaan Norma Baharu, Ismail Sabri berkata pihak swasta termasuk persatuan-persatuan runcit dan pengusaha makanan serta badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu mengambil bahagian dibenarkan untuk mengguna logo Polis Diraja Malaysia pada poster kempen mereka.

“Logo Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan PDRM bagi poster kempen kesedaran yang dikeluarkan oleh pihak swasta dan persatuan adalah dibenarkan untuk menunjukkan sokongan agensi-agensi itu dalam kempen ini dan bukan untuk tujuan perniagaan,”katanya. [Read more…] about Liga-M akan berlangsung tanpa penonton, mula pada 26 ogos 2020

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: liga super bermula 26 ogos 2020, tarikh mula liga super 2020 setelah covid 19 melanda

Jul 18 2020

KBS Akan Mohon kebenaran kehadiran penyokong pasukan bola sepak setiap pasukan

reezal merican
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membuat permohonan rasmi kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kebenaran penyokong menghadiri perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) 2020 dalam masa terdekat. 
Penyokong ini penting juga untuk dapatkan sokongan moral pemain ,tetapi kenalah ada SOP yang ditetapkan oleh Badan FAM itu sendiri untuk mengelakkan kluster bola pulak kang kalau terjadi nanti.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata permohonan berkenaan melibatkan fasa kelima (kehadiran penonton ke stadium dengan skala kecil) dan fasa keenam (kehadiran penonton ke stadium dengan skala besar, serta penyertaan atlet luar negara dalam kejohanan tempatan).

Beliau memaklumkan sektor sukan dan rekreasi merupakan sektor yang memberi kebenaran secara berperingkat untuk membolehkan aktiviti sukan bersambung semula susulan penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

“Saya (pernah) dulu kata bahawa, ‘exit and entry points’ untuk bola sepak ada tiga atau empat, mungkin kita boleh sediakan prosedur operasi standard (SOP), namun tidak ada lagi negara di dunia yang telah membenarkan kejohanan atau perlawanan bola sepak yang mempunyai penonton.

“Jadi, saya fikir kami mulakan secara berperingkat dan beransur-ansur. Kami tak mahu buka terlalu cepat, akan berlaku kenaikan mendadak penularan (kes COVID-19), dan akhirnya (wujud) kluster sukan yang menghakis keyakinan bukan sahaja rakyat, tetapi juga pihak kerajaan untuk memberi kebenaran kepada kami (beroperasi semula),” katanya.

[Read more…] about KBS Akan Mohon kebenaran kehadiran penyokong pasukan bola sepak setiap pasukan

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: KBS Akan Mohon kebenaran kehadiran penyokong pasukan bola sepak setiap pasukan, kbs mohon kebenaran kehadiran penyokong pasukan bola covid 19, kebenaran penyokong pasukan bolasepak 2020

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 33
  • Page 34
  • Page 35
  • Page 36
  • Page 37
  • Interim pages omitted …
  • Page 171
  • Go to Next Page »

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...