KUALA LUMPUR 17 Jan. – Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak cemerlangnya apabila berjaya melangkah ke suku akhir kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia 500 Malaysia Masters, hari ini.
Dalam aksi di Axiata Arena, di sini menyaksikan pemain berusia 21 tahun itu menundukkan Kenta Nishimoto 21-15, 21-17 dan berkemungkinan besar akan bertemu bekas juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen.
Turut ke saingan suku akhir ialah, perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei selepas dia menundukkan pemain China, Zhang Yiman 21-13, 21-10 untuk bertemu pemenang pingat gangsa kejohanan dunia 2018, He Bingjao yang menewaskan Fitriani dari Indonesia dengan keputusan 21-14, 21-11. 2 set jer game.