• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Feb 05 2017

Weigang malu aksi buruk Perak,

Share this on WhatsApp

liga super, logo liga super, logo rasmi liga super 2016,

IPOH: Karl Heinz Weigang tetap tidak berpuas hati dengan persembahan anak buahnya biarpun Perak mengutip tiga mata penuh selepas menundukkan Melaka United (MU) 3-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.

Malah jurulatih Jerman itu mengakui malu dengan corak permainan The Bos Gaurus yang disifatkannya sebagai yang terburuk sepanjang kerjayanya sebagai seorang pengendali profesional.

“Ini persembahan terburuk kami. Saya hairan dan tidak tahu apa yang berlaku kepada pemain pada perlawanan ini.

“Ada pemain kebangsaan dalam pasukan ini tetapi aksi mereka merudum. Kredibiliti saya sebagai jurulatih sedikit sebanyak terjejas dengan cara persembahan mereka. “Mujur tiada penonton. Jika tidak, teruk kami dicaci dan dimaki,” kata Weigang.

Perlawanan malam tadi menyaksikan tuan rumah beraksi di stadium kosong selepas Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman itu berikutan kekecohan antara penyokong Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT), tahun lalu.

Tonton video gol highlights Perak 3-2 Melaka United.

Bagaimanapun, hukuman itu tidak melunturkan semangat penyokong Perak untuk terus memberi sokongan apabila mereka tetap hadir beramai-ramai menyaksikan perlawanan itu menerusi skrin gergasi di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), malam tadi.

Mengulas lanjut, jurulatih itu berkata, beliau tidak berpuas hati apabila pemainnya kerap melakukan hantaran tidak tepat serta corak hantaran tinggi.

“Saya tidak tahu kenapa suka hantar bola tinggi. Mungkin lepas ini pemain Perak kena pakai sayap agar dapat naik tinggi untuk sambut hantaran silang,” katanya berseloroh.

Weigang juga kecewa dengan cara anak buahnya melepaskan gol mudah. Begitupun, kekecewaan terbesar pengendali berpengalaman itu ialah terhadap tiga pemain importnya Faton Toski, Vladislav Mirchev dan Yashir Armando Pinto.
Toski yang tenggelam dalam permainan hanya beraksi 45 minit dan digantikan Kenny Pallraj.

“Saya ada empat pemain import tetapi hanya seorang saja memberi sumbangan berkesan manakala tiga lagi menghampakan,” katanya.

Begitupun Mirchev, Pinto dan Thiago Junio Aquino tetap berjaya menyumbang gol untuk Perak bagi memastikan tuan rumah meraih tiga mata penuh.

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: karl weigang perak main teruk vs melaka united, perak menang tipis vs melaka united 2017, video gol perak 3-2 melaka united 4.2.2017

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d