• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Oct 15 2017

Usah ‘termakan’ jerat Bos Gaurus- MORAIS

Share this on WhatsApp

UlissesMorais

PENGENDALI Johor DT (Johor Darul Ta’zim), Ulisses Morais menuntut setiap pemain supaya tidak terperangkap dengan helah Perak apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh, esok.

Morais menyifatkan skuad The Bos Gaurus mampu menidakkan usaha Harimau Selatan memburu kemenangan tatkala ingin meraih bekalan selesa pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 21 Oktober ini.  

Beliau berkata, walaupun aksi separuh akhir adalah timbal balik, namun fokus utamanya ialah pada 90 minit perlawanan pertama di Ipoh dan tidak mahu memikirkan aksi di Larkin nanti.

“Kami akan harungi 180 minit perlawanan tetapi saya tidak gemar memikirkan kami akan harungi dua perlawanan sebaliknya fokus utama ialah melakukan persiapan taktikal aksi di tempat lawan itu.”

“Kami melakukan persiapan cukup rapi walaupun ada beberapa pemain mengalami kecederaan tetapi itu bukan penghalang kerana sepanjang 15 hari latihan, setiap pemain memberi komitmen tinggi dan bersedia untuk berdepan Perak.”

“Walaupun pernah tewaskan Perak 2-1 pada aksi Liga Super tetapi itu cerita lama dan aksi Piala Malaysia berbeza kerana ia ibarat kalah mati dan siapa saja yang membuat silap maka mereka akan dihukum dan kami tidak mahu membuat kesilapan,” katanya.

Morais tampak lega selepas tiada pemain digantung perlawanan dan bakal menurunkan kesebelasan terbaik dan optimis mampu mengimbangi kekuatan skuad kendalian Mehmet Durakovic yang pasti akan turun habis-habisan bagi menidakkan hasrat Johor DT melakar kemenangan.

Beliau juga membayangkan Perak akan mengamalkan corak permainan pantas dengan bertindak melakukan serangan di posisi sayap kiri dan kanan selain menyandarkan harapan kepada pemain import, Gilmar Filho yang mampu memberi ancaman terhadap benteng Johor DT.

“Kelicikan Gilmar (Filho) tidak dinafikan tetapi saya tidak risaukan seorang pemain saja sebaliknya 11 pemain Perak yang beraksi nanti memiliki kelebihan tersendiri dan pemain saya harus bijak mengelak daripada penguasaan pasukan itu.”

Saya jangkakan ia perlawanan menarik memandangkan kedua-dua pasukan tahu taktikal masing-masing tetapi saya ada ramuan tersendiri yang akan dipraktikkan oleh pemain Johor DT bagi memburu kemenangan nanti,” kata Morais.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Oktober 2017 @ 1:14 PM

 

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Piala Malaysia · Tagged: perak vs jdt, piala malaysia separuh akhir, usah termakan jerat perak- jdt vs perak

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d