Teraju pimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal beralih tangan, tahun ini 2017 apabila Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sudah melepaskan jawatan pada 15 Ogos tahun lepas 2016.
Persoalan yang timbul kini, siapa layak untuk mengemudi badan induk bola sepak negara itu yang sering mendapat kritikan pedas ekoran kemerosotan pasukan kebangsaan.
ELAK KONFLIK KEPENTINGAN
BEKAS Setiausaha Agung FAM, Tan Sri Dr Ibrahim Saad pula berpendapat, jawatan tertinggi badan induk itu tidak dibarisi mereka yang mempunyai jawatan dalam persatuan negeri bagi mengelak kepentingan konflik.
Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan presiden FAM tidak sepatutnya datang daripada kerabat diraja dan juga mempunyai pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab yang mengambil bahagian.
“Saya pernah mencadangkan dulu, siapa yang pegang jawatan tertinggi dalam FAM tidak boleh mempunyai jawatan di peringkat negeri kerana tidak mahu timbul konflik kepentingan.
“Kepimpinan FAM perlu mengambil berat kepentingan negara lebih daripada kepentingan negeri supaya tidak timbul konflik,” katanya.
Jom kita undi dari pembaca thejdt.com calon manakah yang anda rasa layak untuk memegang jawatan tertinggi FAM untuk pemilihan MAC 2017?