TMJ DAN FAM
Tadi aku up artikel tentang cadangan Shebby kepada TMJ
Isu Pokok: Shebby nak TMJ restart dengan model pengurusan yang baru. Sekarang ni TMJ seperti nak perbaiki benda yang memang dah rosak.
Aku boleh katakan ramai yang komen konstruktif dan ada yang masih tak reti nak stick dengan isu bila komen.
—
Secara keseluruhannya ramai bersetuju dengan cadangan Shebby.
Namun masih ada banyak halangan
1. Dana
– FAM tengah sengkek
2. Demokrasi
– Apa yang nak dibuat kena melalui persetujuan exco.
Untuk 2 isu di atas ini,
Isu dana ni memang payah nak cerita sikit. Semua benda memang nak pakai duit.
So, atas isu keperluan aku rasa tindakan hold penggunaan VAR ni patut la, walaupun kualiti pengadil kita aku malas nak komen.
Sebab duit untuk VAR bukan murah. Ia kena di pakai di semua venue pertandingan. So, nak pasang kamera VAR tetapi hanya 2 games live?
VAR ni memang banyak kelebihannya. Since kita ‘miskin’, pakai je la sistem pengadil ke-4 dan ke-5 dalam padang. Yang duduk belakang goal post tu.
Lack sponsorship.
Benda ni aku dah ulas ketika artikel Subahan Kamal bagi ucapan. Tu la korang. Malas nak baca isi dalam tu. Ada input kita ambik walaupun kita bukan penyokong Subahan.
Subahan Kamal menggariskan, bola sepak di negara kita bukan agenda nasional.
Untuk lebih tepat, bola sepak ni dah jadi sukan ‘Melayu’. Syarikat besar tidak melihat nilai kesejagatan sukan bola sepak ini.
Tak boleh nak salahkan penaja 100%. Kita kena sokong liga kita agar ada
Kompeni miyak kaler hijau misalnya. Mereka tak ingin nak sumbangkan walaupun sejuta untuk bola sepak Malaysia.
nilai di mata penaja.
Kita sebagai fans pun boleh tolong dengan tambahkan kehadiran ke stadium.
Ibu bapa tak melihat bola sepak sebagai benda yang boleh dijadikan karier.
———
Apa perubahan yang boleh dilakukan dengan budget minima?
Kita mulakan dengan corak pengurusan pasukan senior, b-23, b-21,b-19,b-17.
Expand talent pools dalam pemilihan pemain. Jangan terlalu tertekan nak menang sukan sea ataupun piala AFF.
Jika pemain itu sudah membuat debut dengan pasukan senior, bolehlah dia lepas tangan untuk skuad b-23. Begitu juga, jika mereka dan stagnant dengan skuad b-23, bolehlah lepas tangan untuk b-21.
Ini tidak, asyik muka yang sama setiap kali.
Kenapa Marcus Rashford tak join England B-21 tempoh hari? Kerana dia dah dikira senior players.
Dalam kes Donnarumma, dia sendiri yang minta bermain dengan skuad B-21 kerana dia lack of action dengan skuad utama. Itu kes berbeza.
Kes Renato Sanchez, beliau meminta untuk bermain dengan skuad muda dan skip tugasan senior untuk Konfederasi.
Apa yang pasti, kita perlu meluaskan peluang kepada pemain lain. Memang ada satu dua pemain akan bermain dengan 2 peringkat tetapi jangan asyik muka yang sama.
Sukan SEA pun dia, Piala AFC B-23 pun dia. Tapi dalam model yang kita ada sekarang, kita memang kena pakai je la.
Namun selepas ini, benda ni kita boleh perbaiki. Memberikan pengalaman untuk pemain muda bermain di peringkat antarabangsa itu akan menambahkan ketajaman mereka.
Seterusnya adalah scouting pemain untuk skuad kebangsaan.
Kita jangan terlalu terhad kepada 2 liga utama sahaja. Untuk skuad muda, kita banyak option, kejohanan belia, Piala Presiden juga penting.
Setiap FA negeri tu tertakluk di bawah FAM. Pastikan mereka hantar prestasi pemain muda ini setiap bulan kepada ofis FAM. Ini cuma cadangan.
————–
Seterusnya adalah DNA bola sepak.
Untuk sepanyol membentuk juara dunia dan juara Eropah dahulu, mereka mulakannya sekitar 9 tahun sebelum itu.
Apa yang mereka lakukan, mereka mencari 1 DNA bola sepak yang sesuai dengan mereka.
Formasi itu formasi la, taktikal itu taktikal. Tapi kita berbicara soal DNA.
Tak kisah la coach nak pakai formasi apa, taktikal apa yang penting DNA bola sepak utama itu dipegang.
Spain mewujudkan satu sistem bola sepak yang berasaskan tiki taka.
Tak kisah kau pemain Real Madrid atau Valencia. Nak main Spain, kau kena ada kemampuan main tiki taka. Dari situlah pemain muda alert, aku kena main short pass football kalau nak main untuk national.
Di midfield, pemain kena boleh bermain 2-3 posisi berbeza. Sebab tu ramai pemain berkualiti seperti Arteta tidak mampu masuk ke kem Spain kerana tidak mampu menepati DNA mereka.
Jika ada pemain yang ada potensi bermain dengan cara DNA bola sepak negara, tetapi di kelab taktikal lain, hubungi pemain tersebut, ataupun panggil dia untuk sertai latihan dengan kem kebangsaan, beritahu dia yang kami nakkan kamu main cara DNA bola sepak ini.
Bila kembali ke pasukan dia, dia akan meminta bantuan coach untuk membantu dia membentuk corak permainan yang membolehkan beliau dapat tembus ke pasukan kebangsaan.
Itulah tugas coach.
Latihan taktikal
Jika kita perasan, JDT sebenarnya antara pasukan yang mengamalkan tactical training dan masa yang sesuai dengan liga,
Liga main waktu malam, banyakkan latihan waktu malam. Apa relevannya banyak berlatih pukul 5 petang untuk game 9 malam setiap minggu?
Ini aspek yang kita mahukan di dalam pasukan kebangsaan. Modul latihan yang baru.
TMJ sudah berjalan ke merata dunia untuk mencari ilmu bola sepak, dan mostly dia memegang filosofi pengurusan Eropah.
Saya tahu, bukan semua sukakan TMJ. Tetapi untuk skuad kebangsaan, ia cerita berbeza.
Seterusnya adalah Sains sukan. Kita perlu perkasakan lagi aspek ini. Kita ada ramai saintis sukan di negara kita.
Inilah masa untuk kita sedarkan pemain pentingnya sains sukan. Tak lupa juga nutrisi pemain.
Mungkin FAM boleh brief setiap pasukan untuk memandang berat isu ini. Ni semua nak gaji berpuluh K tetapi badan tak jaga. Performance pun drop, peak tak sustain lama.
Akhir kata
Buat masa ini, TMJ jelas masih tersepit dalam proses untuk memperbaiki model yang ada.
Ada juga yang memberikan pandangan workload di antara pasukan kebangsaan dan JDT juga mempengaruhi pembaharuan dalam FAM.
Bagi saya, ada benarnya juga. Namun saya rasa TMJ akan belajar untuk aspek itu.
Sekian rumusan saya daripada perbincangan sebentar tadi.
Tak perlu nak gaduh pun sembang pasal bola ni. Kalau rasa nak gaduh, banyak page yang sesuai, bukan di sini.
Terima kasih kerana memberikan pandangan anda! Berbeza pendapat itu bukan bermaksud tak sehaluan secara total.
WE ARE RIVALS NOT ENEMIES
UNTUK TMJ
Berusahalah demi Harimau Malaya!
(aku malas nak recheck artikel ni. Typo kau diamkan je la.)