KEPUTUSAN PENUH :
MALAYSIA U23 1-0 LAOS U23
Jaringan oleh :
- Shafawi Rashid 84″
Ulasan ringkasan perlawanan.
Separuh masa pertama.
Secara kasarnya pasukan malaysia lebih mendominasi perlawanan. Tetapi dari segi serangan tidak berapa tajam. Serangan dari malaysia pun tak berapa nak menjadi. Banyak loss ball di bahagian tengah. Menggunakan format 4-3-3. Permainan tak sama pula macam perlawanan pertama tempohari dengan Philippines.
Apepun tahniah buat pasukan malaysia untuk perlawanan kedua kemenangan tipis keatas pasukan Laos. Nampak struggle pasukan malaysia untuk menewaskan pasukan Laos yang dilihat lebih struggle. Corak permainan Laos dilihat lebih terususun. Permainan Laos lebih improve kali ini.
Pasukan mereka pun ada buat juga serangan, namun banyak tersasar. Mujur juga ada serangan tepat kepada Haziq selaku keeper yang berjaya menampan serangan yang cukup ada dari penyerang Laos.
Separuh masa kedua
Corak permainan pasukan dilihat macam terikut kepada pasukan Laos. Bila terikut rentak pasukan lawan , pasukan malaysia tak main seperti masa. Tempo agak slow. Beberapa pemain utama dikunci dan disiplin pasukan laos lebih baik.
SHAH ALAM 24 Mac – Skuad Bawah 23 (B-23) negara terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan Laos 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan J Kelayakan Kejuaraan AFC B-23 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee perlu berterima kasih dengan jaringan lewat permainan Safawi Rasid yang masuk sebagai pemain gantian berjaya menyempurnakan sepakan bebas dari luar kotak penalti bagi memastikan tiga mata berharga milik pasukan negara.
China laung amaran buat Malaysia
China masih mampu membelasah Filipina 8-0 biarpun merehatkan sebahagian besar tonggak utama, sekali gus memberi amaran kepada Malaysia menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi terakhir Kumpulan J, kelayakan Kejuaraan AFC bawah 23 tahun, Selasa ini.
Jurulatih terkemuka China, Guus Hiddink berkata, tindakan merehatkan pemain utama bukan bermakna beliau memandang rendah keupayaan Filipina tetapi mahu memastikan pasukannya cukup cergas apabila bertemu tuan rumah dalam aksi yang dianggap paling mencabar.
“Semua pemain kami mempunyai standard yang sama, baik dalam kesebelasan utama mahu bangku simpanan. Sebab itulah saya tidak takut untuk menukar pemain,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Shah Alam, hari ini.
Dalam aksi tersebut, China berada di depan seawal minit kelima menerusi penyerangnya Shan Huanhuan sebelum disusuli gol kedua oleh pemain tengah Hu Jinghang selang 10 minit kemudian.
Anak-anak buah Hiddink terus menambah derita Filipina apabila menyumbat tiga lagi gol menerusi Huang Cong, Lin Liangming dan Jinghang.
Babak kedua bersambung menyaksikan skuad kendalian Salvacion Salvador lebih banyak berkampung di kawasan sendiri, namun tetap benteng mereka tidak ampuh apabila China menambah gol keenam menerusi pemain gantian Zhang Yuning pada minit ke-49.
Tugas berat pasukan malaysia.
Tugas berat bakal menanti Malaysia dalam aksi terakhir Kumpulan J apabila mereka bertemu China yang mengungguli kedudukan teratas dengan mengutip enam mata maksimum, malah meledakkan 13 gol, selain tidak dibolosi.
Hanya juara setiap kumpulan akan layak ke pusingan akhir secara automatik diikuti lima pasukan terbaik di tempat kedua dan itu bermakna skuad kendalian Kim Swee perlu menewaskan China di venue sama, Selasa ini bagi memastikan slot automatik menjadi milik pasukan negara.
Kim Swee perlu meningkatkan lagi ketajaman barisan serangan sekiranya berhajat melakar kemenangan ke atas China selain, barisan pertahanan perlu berhati-hati dengan bola hantaran tinggi yang menjadi kelebihan buat lawannya itu.
Satu lagi aksi Kumpulan J menyaksikan China membelasah Filipina 8-0 di venue yang sama di sebelah petang.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN J:
- CHINA 6 MATA
- MALAYSIA 6 MATA
- LAOS 0 MATA
- PHILIPPINES 0 MATA
So disiplin pasukan malaysia bertahan atau taktikal yang lebih defensive diperlukan untuk menang atau seri sekurang-kurangnya.
Selepas ini malaysia akan bertemu dengan pasukan china u23 pada 26 mac 2019 ditempat yang sama, stadium shah alam.
PELUANG UNTUK MARA ??
Masih samar-samar sebenarnya. Kena menang atau seri sekurang-kurangnya untuk mara ke peringkat seterusnya. Sebab dari segi jaringan malaysia hanya 4 jaringan sahaja. Perlu mendapat tempat kedua kumpulan dan 4 terbaik dari tempat kedua tuh. Bukan senang .
Walaupun menang perlawanan kedua kali ini , peluang untuk mara ke peringkat seterusnya masih lagi samar-samar sebenarnya. Pasukan malaysia menang tidak dengan aggregate yang besar seperti perlawanan pertama 3-0 dan kedua baru habis tadi 1-0.
Ramai yang tanya, kenapa Malaysia memerlukan sekurangnya seri bagi perlawanan menentang China 26hb nanti? (selasa nanti).
Ramai yg keliru kenapa sekurangnya seri? Bukan wajib menang ka? Untuk layak ke Piala Asia bawah 23 di Thailand 2020 nanti, 11 pasukan terbaik akan dipilih berdasarkan juara kumpulan dari kumpulan A hingga kumpulan K.
Bagi melengkapkan 16 pasukan bertanding, 5 lagi pasukan akan dipilih berdasarkan Naib Juara kumpulan terbaik di antara semua kumpulan.
Dan jika keputusan menentang China pada 26hb nanti memihak kepada pasukan Malaysia maka Malaysia akan layak secara automatik ke Piala Asia U-23 , tetapi jika sekadar mencatat keputusan seri, jadi mata antara pasukan China dan Malaysia adalah sama. Jadi untuk peluang cerah untuk terpilih antara 5 naib juara terbaik kerana bukan semua naib juara kumpulan dapat mengumpul 7 mata.
Video gol highlights malaysia 1-0 Laos afc u23 24 mac 2019