• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Mar 23 2019

Ulasan malaysia 3-0 Philippines afc u23 22.3.2019

Share this on WhatsApp

Jadual perlawanan afcu 23

Malaysia u23 3-0 Filipina U23

Malaysia U23 mencatatkan kemenangan menewaskan Filipina U23 3-0. Dua gol jaringan Akhyar yang bombastik dan satu dari Faisal membawa tiga mata penuh dan kelegaan buat peminat tegar bola sepak Malaysia pada malam semalam.

Formasi 3-4-3 dibawa OKS. Dengan bermain melakukan serangan dari kawasan pertahanan melalui binaan serangan. Serangan Malaysia U23 banyak digerakkan oleh pemain sisi mereka.Bermain saling bertukar hantaran pendek,dan banyak bergerak ke depan di kawasan lawan bagi serang dan menekan lawan.

Sedikit ulasan perlawanan

MALAYSIA U23 3-0 FILIPINA U23

MALAYSIA U23 BERMAIN FORMASI 3-4-3.

FILIPINA BERMAIN U23 BERMAIN FORMASI 4-5-1.

Kalau kita tengok dari segi penguasaan bola, pasukan malaysia lagi banyak pegang bola. Philipines lebih banyak bertahan. SEkali sekala membuat serangan tapi langsung tak tajam. Banyak peluang terhidang, tetapi tidak diterjermahkan kepada gol diseparuh masa pertama. Namun dua gol berjaya dihasilkan dari Akhyar.

Seawal minit ke 4 , jaringan berjaya dihasilkan hasil dari gerakan lincah sebelah kanan pada awalnya dari shafawi rashid kemudian pass kepada syahmi, dan syahmi berjaya melepasi 2 pemain pertahanan philippines. Menyedari Akhyar berada di kedudukan yang tepat dan masa yang betul syahmi tidak membuat masa membuat hantar ke tengah kepada akyar. Dengan pantas akyar merembat bola sebelah kiri menewaskan penjaga gol philippines.

Gol kedua Akyar adalah hasil dari sepakan sudut terus pass kepada Syamel Al Kutty, ke tengah dengan pantas Akyar hanya membuat sepakan dari tumit, ataupun sepakan backheel. Bola itu pantas meluru masuk ke gawang gol lawan. 2 gol kosong buat malaysia.

Separuh masa kedua. 

Separuh masa kedua, malaysia hanya dapat satu gol. Lain semua peluang banyak sangat. Kena palang pun ya. Kena tiang pun sama. Hadi fayyah banyak sangat miss peluang keemasan . Sampai ong kim swee keluarkan dia. Puas hati aku.

Memang pasukan philippines tak dapat dan ada peluang untuk win ball dari pasukan malaysia, pertahanan mereka pun kucar kacir aku tengok. Apa yang aku dapat lihat, pasukan malaysia banyak merugikan peluang yang ada.

Jaringan Faisal terakhir dari harimau muda. 

Jaringan Faisal memang padu. Tolakan dari pemain gantian iaitu tolakan terus dari Nik Azli kepada danial hakim dan kepada Faisal membuat sepakan menewaskan penjaga gol philippines.

Secara kasarnya. 

Jelas ianya berhasil membuat Filipina U23 sedikit kelam kabut dan terganggu corak permainan mereka.Malah ianya juga buatkan mereka sukar lakukan serangan balas.

Cuma dalam perlawanan ini,Malaysia U23 boleh mencatat kemenangan besar,tetapi banyak peluang dipersiakan pemain Malaysia U23.

Bagi aku ianya satu perlawanan yang mudah bagi Malaysia U23. Dari setiap posisi menurut apa yang kita lihat pemain  menjalankan tugas diberi dengan baik. Cuma banyak bazir peluang terbuka tadi. Jika tidak pasti menang selesa tadi.  Tetapi kalau menang selesa pun tak menang dengan Loas masak nanti. So kena menang dengan Laos dan perlawanan dengan china itu adalah perlawanan yang sebenar buat skuad bawah 23 tahun pada minggu hadapan nanti.

Kemenangan pertama sudah dicapai.Teruskan rentak kemenangan menentang Laos U23 Ahad ini.Teruskan misi layak ke Piala Asia U23 2020 buat kali kedua.

Semoga Berjaya Harimau Muda,teruskan rentak kemenangan.

 

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Piala afc · Tagged: keputusan malaysia vs philippines 22 mac 2019, ulasan malaysia vs philipines afc u23 22.3.2019, ulasan perlawanan malaysia vs philippines afc u23 2019, video gol malaysia u23 vs philipines u23 22 mac 2019

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d