Hai, benda remeh je nih. Media jer yang nak besar-besarkan cerita nih. Lat ayat, itupun dalam nada yang bergurau pun orang take note. Lagi media kosmo dengan metro dengan apa-apa jerla semua nak lariskan akhbar jerla. Lagi-lagi nitizen yang semua jadi pendekar keyboard warrior.
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda sekadar bergurau ketika mengungkapkan kata-kata bahawa skuad kebangsaan Malaysia ‘bukan pasukan negaranya’.
Baginda menegaskan perkara itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers semalam bagi mengulas laporan Kosmo! bahawa Tunku Mahkota Johor itu mengguris hati peminat bola sepak Malaysia.
Tunku Ismail pada sesi soal jawab bersama wakil-wakil media di JDT Cafe, Johor Bahru pada Rabu lalu bertitah: “Pasukan negara (Harimau Malaya) anda semua, not my negara. I’m from Johor, you know.”