• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
    • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

May 09 2019

Tok Gajah sedia contohi kejayaan Liverpool

TOK GAJAH

KUANTAN: Displin tinggi akan menjadi fokus utama skuad Pahang apabila melayan Terengganu FC pada suku akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, di sini, malam esok 10 mei 2019. Suku akhir piala FA Shopee 2019.

Pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, jika faktor itu berjaya dilakukan, kemenangan akan menjadi milik pasukan. Selaku penyandang juara, pastinya tekanan dirasai buat skuad tok gajah ini. Namun harapnya bermain ditempat sendiri memberi keyakinan kepada jurulatih dan pemain, skuad ini mampu untuk bangkit!!

KEKALAHAN 1-2 DI TERENGGANU tidak jejas Skuad TOK Gajah untuk bangkit!!  

Katanya, kekalahan 1-2 pada suku akhir pertama tidak menjejaskan tumpuan skuad itu untuk bangkit mencatat kemenangan selesa di laman sendiri.

“Bagi saya, tiada yang mustahil untuk memastikan slot separuh akhir menjadi milik Pahang.

“Sebagai contoh, kita boleh saksikan kebangkitan Liverpool yang melakukan kejutan untuk menewaskan Barcalona biarpun tewas 0-3 pada aksi pertama tetapi mereka bangkit untuk layak ke pentas final Liga Juara-Juara Eropah.

“Oleh itu semua pemain perlu mempamerkan displin tinggi dan mengikut arahan jurulatih (Dollah Salleh) untuk mempertahankan Piala FA yang diraih musim lalu,” katanya.

Ditanya perkembangan Dickson Nwakaeme dan Safuwan Baharudin yang sebelum ini mengalami kecederaan, beliau mengesahkan dua pemain import itu akan disenaraikan pada perlawanan itu.

Katanya, sekembalinya penyerang dari Nigeria itu, diyakini mampu menambah bisa di bahagian serangan.

“Namun, Jose Eduardo tidak dapat disenaraikan kerana digantung satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning.

“Biarpun tanpa Ze Love (Eduardo), saya percaya semua pemain yang diberi tanggungjawab akan bermain dengan penuh semangat untuk kembali bangkit daripada dua kekalahan,” katanya.

Adakah skuad tok gajah akan mengamuk di stadium darul makmur pada perlawanan esok malam jam 9 malam ?? Menarik untuk disaksikannya. Selain pasukan kedah akan bertemu dengan PKNS distadium darul Aman, Kedah.

Written by mrjdt · Categorized: Piala FA · Tagged: tok gajah mahu bangkit seperti liverpool menewaskan barcelona 4-3, Tok Gajah sedia contohi kejayaan Liverpool

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2026 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in