• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
    • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Jun 25 2020

Tok Gajah dijangka kembali berlatih minggu depan

TOK GAJAH

KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh mengesahkan skuad bimbingannya dijangka kembali menyambung latihan bermula minggu depan selepas tertangguh sejak pertengahan Mac lalu susulan penularan pandemik COVID-19.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata sebelum memulakan latihan mereka akan menjalani ujian calitan esok.

“Pahang dijangka mula turun berlatih minggu depan. Semua pegawai, barisan kejurulatihan dan pemain akan menjalani ujian calitan, esok.

“Jika berjalan lancar dan mendapat kelulusan, semua pemain akan kembali menjalani latihan bersama sejak tertangguh pada Mac lalu susulan pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan),” kata pengendali berumur 57 tahun itu.

Sebelum Liga Malaysia ditangguhkan, skuad Tok Gajah menduduki tangga ketiga Liga Super dengan mengutip enam mata daripada empat perlawanan.

Pada awal musim, Pahang memulakan kempen Liga Super dengan langkah kiri apabila tewas 1-2 kepada Selangor dan PJ City FC 2-3 sebelum bangkit dengan dua kemenangan berturut-turut iaitu ke atas Melaka United (1-0) dan Sabah (2-0).

 

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: pahang akan mula berlatih minggu depan liga super 2020, Tok Gajah dijangka kembali berlatih minggu depan

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2026 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in