THE JDT DOT COM

Keputusan Penuh liga super dan carta terkini Liga Super 2017/18

  • Home
  • Carta Liga Super
  • Carta liga EPL /BPL

mrjdt September 21, 2020

TMJ Dedah Kontrak Sumareh ke Selangor dengan Gaji 17k usd sebulan?

Share this on WhatsApp

tmj, tmj dan fam , fam,

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) semalam melakukan pendedahan mengejut mengenai perpindahan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh ke Selangor pada musim depan.

Apa bentuk dokumen , dan apa teguran atau sindiri yang telah di buat oleh TMJ kita tak upload disini. Korang kena cari sendiri dekat IG story TMJ. Atau dilaman yang lain, kita takut pulak jadi isu bila uplod disini. Bahaya sebenarnya tuh haha.

Penerangan apa yang diterangkan oleh  TMJ. 

Melalui paparan di laman instagram ‘story’, TMJ turut menempelak sikap pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang lebih gemar melakukan provokasi terhadap JDT dan mempergunakan pasukan untuk kepentingan peribadi.

Baginda juga mahu FAS belajar daripada Terengganu FC selepas kekalahan memalukan 6-1 kepada JDT dalam kedua-dua saingan CIMB Liga Super dan Liga Premier minggu ini.

Menurut TMJ, salah satu contoh provokasi yang dilakukan oleh pengurusan Selangor ialah melalui slogan, “Saksikan Harimau Selatan Hilang Taringnya” yang dipaparkan pada dinding di sekitar Stadium Shah Alam walaupun skuad Gergasi Merah belum memenangi apa-apa kejuaraan.

Justeru itu, TMJ juga mahu FAS menjelaskan kepada para penyokong Selangor mengenai masalah sebenar yang berlaku dan baginda sedia melawan pihak yang menggunakan bola sepak untuk kepentingan peribadi dan tidak jujur.

Difahamkan, kenyataan itu ditujukan kepada bekas Naib Presiden FAS, Izhar Moslim.

Selain itu, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan pendedahan kontrak rasmi Selangor ditawarkan kepada bekas pemain Pahang, Mohamadou Sumareh yang bakal menyertai kelab Thailand, Police Tero dalam masa terdekat.

Berdasarkan kontrak tersebut, Sumareh ditawarkan gaji sebanyak USD17,000.00 (RM70,482.00) sebulan tidak termasuk bonus serta elaun tambahan namun melalui perbualan aplikasi whatsapp bersama Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon, Sumareh mahu FAS naikkan gaji kepada USD20,000 sebulan.

Bagaimanapun, Dr. Johan menyatakan beliau sedia mempertimbangkan kenaikan gaji itu tetapi belum buat sebarang keputusan mengenai permintaan Sumareh yang bakal berangkat ke Thailand pada hari selasa ini.

BUTIRAN KONTRAK YANG DIDEDAHKAN OLEH TMJ . 

Sumareh sebelum ini mencetus kontroversi apabila meninggalkan pasukan Pahang tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan.

Beliau yang masih mempunyai kontrak dengan Pahang sehingga tahun 2022 mengambil tindakan keluar daripada skuad tok gajah kerana dikatakan tidak dibayar gaji selama beberapa bulan sehingga klausa 8.7 diaktifkan.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dalam satu kenyataan rasmi menafikan pemain naturalisasi itu tidak dibayar gaji kerana semua urusan pembayaran sudah diselesaikan berdasarkan perjanjian yang dipersetujui bersama pada 26 Ogos 2020.

 

Share this:

  • Tweet
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Share on Tumblr

Related

Share this on WhatsApp

Filed Under: Liga Super Tagged With: pendedahan kontrak sumareh ke selangor musim depan?, selangor dalang sumareh ke police tero, TMJ Dedah Kontrak Sumareh ke Selangor dengan Gaji 17k usd sebulan?, tmj dedahkan dokumen sulit selangor beli mohamadou sumareh

KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 2020

EPL Standing Table 2019/20

# Team P
1 Manchester United 36
2 Liverpool 33
3 Manchester City 32
4 Leicester City 32
5 Everton 32
6 Tottenham Hotspur 30
7 Southampton 29
8 Aston Villa 26
9 Chelsea 26
10 West Ham United 26
11 Arsenal 24
12 Leeds United 23
13 Crystal Palace 23
14 Wolverhampton Wanderers 22
15 Newcastle United 19
16 Burnley 16
17 Brighton & Hov… 14
18 Fulham 12
19 West Bromwich Albion 8
20 Sheffield United 5

Kedudukan terkini carta liga super 2020

# Team P

JADUAL EPL 2020/21

Monday, December 28, 2020
Everton 08:00 Manchester City
Sunday, January 3, 2021
Burnley 08:00 Fulham
Wednesday, January 13, 2021
Aston Villa 08:00 Tottenham Hotspur
Saturday, January 16, 2021
Wolverhampton Wanderers 20:30 West Bromwich Albion
Leeds United 23:00 Brighton & Hov…
West Ham United 23:00 Burnley
Sunday, January 17, 2021
Fulham 01:30 Chelsea
Leicester City 04:00 Southampton
Aston Villa 08:00 Everton
Sheffield United 22:00 Tottenham Hotspur
Monday, January 18, 2021
Liverpool 00:30 Manchester United
Manchester City 03:15 Crystal Palace
Tuesday, January 19, 2021
Arsenal 04:00 Newcastle United
Wednesday, January 20, 2021
West Ham United 02:00 West Bromwich Albion
Leicester City 04:15 Chelsea
Leeds United 08:00 Southampton
Thursday, January 21, 2021
Manchester City 02:00 Aston Villa
Fulham 04:15 Manchester United
Friday, January 22, 2021
Liverpool 04:00 Burnley
Sunday, January 24, 2021
Aston Villa 04:00 Newcastle United

Carta liga perdana 2020

# Team P

Artikel Terkini

  • Live streaming separuh akhir thailand open 16.1.2020 (beregu malaysia vs indonesia)
  • Kepulangan awal Safawi dari kelab Portugal , beri impak positif atau negatif?
  • Live streaming Melaka united vs jdt liga super 10.10.2020
  • Video perpisahan Safawi Rashid dengan TMJ
  • Live streaming JDT VS SABAH LIGA SUPER 2.10.2020

Categories

Archives

Jadual Perlawanan Liga Super 2020

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Pages

  • About Us
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Privacy

Copyright © 2021 · Streamline Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in