Nasib kau baiklah dollah Salleh, tahun-tahun sudah pun kena. Ini kali kena lagi, tapi amaran lisan yang keras. Ini zaman canggih sekarang, bukan macam dulu-dulu lagi. Kebebasan media yang tidak terbatas sekarang ini boleh rewind balik, boleh tengok semula ulang tayang semua tuh dah senang. So, bukti dah jelas. Dollah salleh kena berhati-hati walaupun statement itu bukan rasmi tetapi sebab live kan. MEmang bukan diwawancara, tetapi apabila ramai telinga yang mendengar jelas, tak boleh nak nafikan.
Dollah Salleh Harus lega, dan jangan ulangi lagi.
KUALA LUMPUR: Pengendali Pahang, Dollah Salleh seharusnya lega apabila terlepas daripada sebarang tindakan meskipun ‘kantoi’ mengeluarkan kata-kata tidak sopan selepas berakhirnya aksi Liga Super menentang Melaka United, malam tadi. Taubat nasuha lah koi.
Ini kerana Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak bercadang membawa isu terbabit kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakan dilakukan bekas jurulatih skuad kebangsaan itu, namun beliau diberikan peringatan supaya tidak lagi berbuat demikian.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam menjelaskan Dollah mengeluarkan kenyataan itu secara tidak sengaja dan tidak menyedari perbuatannya dirakam sejurus tamat perlawanan yang menyaksikan skuad Tok Gajah seri 1-1 bertemu Melaka. [Read more…] about Kali ini Dollah lepas-isu terlepas cakap macam ****