• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

ulasan penuh perlawanan piala afc jdt vs ayeywady 24.2.2016

Feb 25 2016

Ulasan jdt 8-1 ayeyawady afc cup 25.2.2016

Perlawanan yang cukup bermakna buat pasukan jdt. 9 gol dihasilkan dalam perlawanan malam tadi. Shafiq rahim hatrik meledak tiga gol semangat harimau selatan mengaum di larkin. 1gol dari jorger pereyra diaz, satu dari marcos antonio, 2 gol dari lucero yang masih belum mendapat rentak sepenuhnya tapi kira dah ada gol oklah, dan last sekali aidil zafuan.

Ringkasan perlawanan.

Secara total, permainan memang tampak dikuasai oleh jdt. Gol pertama tak tahu kenapa keeper hanya melihat bola itu masuk kedalam gawang tanpa sebarang aksi dari keeper. Tergamam dengan ngauman sang harimau selatan barangkali. Seawal minit ke 6, selang seminit jdt dihukum apabila ayeyawady menyamakan kedudukan 1-1 apabila thi ha zaw mengelecek seorang diri didepan lepas beberapa pertahanan jdt. Terus merembat sebelah kanan, menewaskan penjaga gol farizal marlias. Tersentak seketika jdt ketika itu.

Jdt terus dihadapan.

Minit ke 14″ jaringan diaz hasil dari gerakan cantik bermula dari mahali membuat backheel kemudian pass kepada s chanturu mengelecek dan membuat crossing terus diaz memintas di sudut yang sukar masuk ke gawang…
Minit ke 31″ dimana ketika jdt mendapat sepakan sudut disempurnakan oleh shafiq rahim, disebelah kanan marcos tidak dijaga dengan mudah marcos menanduk masuk ke gawang, sebelum itu penjaga gol ayeyawady tidak berjaya menangkap kemas sepakan itu dan terlepas ke sebelah kanan yang terbuka luas.

Separuh masa memang dikuasai oleh pasukan jdt. Banyak peluang terhidang oleh lucero, tetapi disia-siakan dengan begitu sahaja.

Separuh masa kedua, memperlihatkan jdt terus mengganas. 5 gol terhasil. Dan akhirnya lucero pecah tembelang setelah dahagakan gol pertama dari beliau pada aksi malam semalam berjaya meledak dua gol semangat untuk lucero.

Ayeyawady gagal menyerap tekanan dan gagal dalam membuat zonal marking yang lemah disebelah kiri terutamanya. Percubaan dari jdt itu seharusnya diterjermah dan tahu itu adalah serangan taktikal jdt. Tetapi mereka tetap dengan formasi yang sama. Disiplin menjaga pemain berbisa dilihat gagal. Apepun tahniah buat jdt mengutip tiga mata pertama dalam group H.

Kedudukan terkini piala afc kumpulan H
Jdt
Toyota
Bengaluru
Ayeyawady

image

Written by mrjdt · Categorized: Piala afc · Tagged: ulasan jdt vs ayeyawady, ulasan penuh perlawanan piala afc jdt vs ayeywady 24.2.2016

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in