KUANTAN: Skuad Pahang melakukan kebangkitan dan mengisi slot separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 4-0 pada suku akhir kedua di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.
Kekalahan 1-2 pada suku akhir pertama piala berprestij itu di Kuala Terengganu pada 1 Mei lalu, tidak memadam misi skuad Tok Gajah untuk mencatat keputusan 5-2 menerusi agregat.
Kesungguhan tuan rumah dapat dilihat apabila menjaringkan gol pendahuluan seawal minit ketujuh hasil sentuhan pemain tengah, Mohd Faisal Halim. [Read more…] about Tok Gajah buat Penyu menangis