• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

perpindahan pemain

Aug 06 2017

FAM buka mata isu jadual, perpindahan pemain

fam,

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia mencari jalan penyelesaian terbaik dalam usaha menambah baik perjalanan liga, khususnya membabitkan jadual perlawanan serta jendela perpindahan pemain pada musim hadapan.

Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjelaskan tindakan itu perlu susulan kemelut pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang enggan melepaskan pemain menyertai skuad Bawah 22 tahun (B-22) kerana terhimpit dengan pertindihan jadual liga domestik yang sedang berlangsung pada bulan lalu.

Katanya, FAM sedang bekerja keras mencari langkah terbaik bagi memastikan mereka dapat menyelesaikan masalah terbabit, sekali gus mengelakkan masalah sama berulang.

“FAM dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) sedang merangka perkara ini dan saya jangka ia tidak memerlukan tempoh yang lama untuk kami mendapatkan langkah itu.

“Mungkin kita akan dapat membentangkan langkah penyelesaiannya pada Mesyuarat EXCO selepas ini. Saya mahukan semua orang bekerja keras dan kita turut akan memanggil ahli gabungan untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai keputusan yang akan diambil.

“Kita perlu mencari jalan terbaik kerana kita tidak mahu berdepan masalah setiap kali panggilan ke skuad kebangsaan dilaksanakan.

“Kita optimis banyak masalah dapat diselesaikan jika kita menemui jalan terbaik berhubung isu ini,” katanya ketika ditemui pada majlis perjumpaan bersama empat pasukan kelolaan FAM yang akan bertanding pada temasya Sukan SEA 2017 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai jendela perpindahan pemain, Tunku Ismail menjelaskan, jendela perpindahan Liga M yang tidak selari dengan jendela perpindahan di Eropah dan Amerika Selatan juga mendatangkan masalah kepada pasukan.

“Jendela perpindahan yang tidak selari ini menyebabkan tidak ramai pemain berkualiti yang tinggal dan meninggalkan kita dengan pilihan yang tidak begitu banyak.

“Jika perjalanan liga berlangsung dengan lebih baik dan jendela perpindahan dapat diselarikan, kita sudah pasti dapat mengatasi pelbagai masalah yang timbul,” katanya.

Written by mrjdt · Categorized: FAM · Tagged: FAM buka mata isu jadual, perpindahan pemain

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...