Beri baik untuk penyokong tegar harimau malaya. Ini kerana pemain tengah berasal dari Kosovo, Liridon Krasniqi sah menjadi warganegara Malaysia setelah menerima MyKad berwarna biru di Putrajaya, pada hari ini.
Ini bermakna pemain tengah berusia 28 tahun yang juga merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya selangkah sahaja lagi sebelum dibenarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menyarung jersi skuad kebangsaan, Harimau Malaya.
Perkembangan tersebut diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini dengan menyifatkan ia sebagai satu kejayaan dalam usaha memperkasakan skuad kebangsaan, menerusi program pengambilan pemain naturalisasi. [Read more…] about Liridon sudah dapat Mykad Biru, tunggu Lampu hijau dari FIFA