KUALA LUMPUR: Liridon Krasniqi sah boleh menyarung jersi Harimau Malaya selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) meluluskan permohonan menjadi pemain naturalisasi. Ini sudah bagus untuk memantapkan bahagian yang penting kita mahu perbaiki dalam harimau malaya. Penting dalam persediaan sebelum jumpa dengan UAE nih nanti bulan mac.
Baca juga : Liridon sudah dapat Mykad Biru.
Perkembangan positif itu disahkan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Naturalisasi badan induk itu, Datuk Yusoff Mahadi.
Katanya, keputusan FIFA itu bermakna pemain Kosovo yang mendapat taraf kewarganegaraan baru-baru ini layak beraksi pada baki perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan meneruskan aksi baki pusingan kelayakan itu menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di tempat lawan pada 26 Mac ini. Masa dah tak banyak nih.
Malaysia kini menghuni tempat kedua Kumpulan G di belakang Vietnam, manakala UAE keempat ketika saingan berbaki tiga perlawanan.
Baca juga : kedudukan terkini kumpulan G pasukan malaysia setakat ini.
Dua lagi pasukan dalam kumpulan itu ialah Thailand dan Indonesia.
Juara dan empat naib juara terbaik kumpulan akan layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2020 zon Asia.
[Read more…] about Liridon Boleh sertai Harimau malaya,! tetapi…