Nampaknya Malaysian Football League (MFL) telah merangka perancangan baharu kalendar Liga Malaysia bagi musim 2020 selepas saingan domestik ditangguhkan sejak 16 Mac lalu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan pusat susulan wabak pandemik COVID-19.
Perubahan kalendar Liga Malaysia 2020 dibuat dengan mengambil kira keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP yang telah dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semalam sebagai rujukan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MFL dalam menyusun perjalanan liga musim 2020.
Berdasarkan keputusan mesyuarat berkenaan, permohonan MFL untuk menyambung semula saingan Liga Malaysia pada Ogos 2020 dengan sesi latihan pasukan bermula pada Julai 2020 tidak diluluskan.
Keputusan berkenaan disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina kepada Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam satu pertemuan di Putrajaya semalam.
Justeru, Ahli Lembaga Pengarah MFL telah membuat keputusan berhubung perancangan baharu Liga Malaysia 2020 berpandukan kepada maklum balas MKN, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan KBS serta perbincangan bersama Rakan Kongsi Liga pada 19 April 2020. [Read more…] about MFL UMUM PERANCANGAN BAHARU KALENDAR LIGA MALAYSIA 2020