KEPUTUSAN MASA PENUH PERLAWANAN
PKNP FC [1-2] JDT
Senarai Penjaring :
- Fernando Marquez 73′
- Syafiq Ahmad 75′
- Fandi Ahmad 77′
RINGKASAN
Tiada sebarang jaringan terhasil pada separuh masa pertama meskipun kedua-dua pasukan saling menyerang. Gol pembukaan hadir pada minit ke-73 apabila pemain JDT, Fernando Marquez berjaya merembat bola membolosi gawang PKNP FC. Gol kedua JDT terhasil melalui hantaran lintang Hazwan Bakri yang berjaya disudahkan oleh Syafiq Ahmad pada minit ke-75. PKNP FC bagaimanapun berjaya menjaringkan gol pada minit ke-77 hasil jaringan Fandi Ahmad. Perlawanan tamat dengan keputusan memihak kepada JDT dengan keputusan 2-1. [Read more…] about Ulasan perlawanan jdt vs pknp 23 julai 2018