KUALA LUMPUR: Kebenaran untuk mengadakan kem latihan berpusat secara kuarantin dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah sesuatu melegakan dalam usaha membentuk skuad kebangsaan yang mantap.
Kita kesuntukkan masa.!
Pengurus pasukan Datuk Mohd Yusoff Mahadi menyifatkan keputusan itu dibuat tepat pada masanya memandangkan skuad Harimau Malaya bimbingan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe semakin kesuntukan masa menjelang pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada Mac depan.
Beliau berkata kebenaran itu memberi peluang kepada Cheng Hoe mengumpulkan barisan pemain bagi membentuk semula keserasian serta menyediakan pasukan pada tahap terbaik bagi menghadapi dua aksi getir kempen kelayakan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam.
[Read more…] about Kebenaran Skuad Harimau Malaya berlatih melegakan – Pengurus Pasukan