PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui rehat musim sejuk mampu meningkatkan prestasi pasukannya selepas seri tanpa jaringan menentang Wolves memberikan sedikit harapan untuk berada di kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).
United menurunkan pemain yang bernilai 47 juta pound (RM254 juta), Bruno Fernandes di bahagian tengah, namun kehadiran pemain Portugal itu masih lagi tidak dapat mengatasi masalah anak buah Solskjaer untuk meledak jaringan selepas tanpa penyerang, Marcus Rashford yang mengalami kecederaan.
“Kami beraksi banyak perlawanan dalam tempoh dua bulan terakhir ini. Kesemua pemain sudah kepenatan, tenaga mereka semakin merosot dan mereka perlukan rehat,” kata Solskjaer.