Berlatih sudah, makan sudah, main tabur-tabur garam pon sudah. Hari ni tibalah masa perlawanan pertama pramusim JDT membuka tirai. Mlm ni JDT akan menentang Riga FC, juara liga divisyen satu Latvia. Untuk pengetahuan semua, pasukan kebangsaan Latvia berada pada ranking 147 (ranking FIFA).
Sedikit info mengenai Riga FC ini.. Jalan cerita mereka hampir sama dgn JDT kerana mereka juga kelab yg baru dijenamakan semua pada tahun 2015. Mereka berasal dari dua pasukan yg berasingan iaitu Caramba Riga dan Dinamo Riga. Pada tahun 2015 kedua duanya disatukan dan bermain dalam liga divisyen 2 Latvia dgn nama Caramba/Dinamo Riga. Setelah menjuarai divisyen 2 dan naik ke divisyen 1 nama pasukan ini ditukar menjadi Riga FC.