KUALA LUMPUR: Jaringan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor dipilih sebagai Jaringan Terbaik Piala AFC 2017 yang diumumkan menerusi laman web Konfederasi Bola Sepak Asia (The-AFC.com) hari ini.
Jaringan pemain tengah kebangsaan itu dilakukan dalam perlawanan menentang pasukan daripada Kemboja, Beoungket Angkor pada aksi peringkat kumpulan F yang berlangsung di Stadium Nasional Olimpik Phnom Penh, Kemboja, 19 April lalu.
Gol itu dihasilkan selepas penjaga gol tuan rumah, Sou Yaty cuba menerpa untuk mengeluarkan hantaran lintang di luar kotak penalti namun percubaannya gagal dan menyaksikan bola tiba di kaki Nazmi sebelum pemain berusia 23 tahun itu melambungkan bola ke dalam gawang kosong untuk gol kedua skuad Harimau Selatan pada aksi itu. [Read more…] about Jaringan Nazmi terbaik di Piala AFC 2017