• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Nov 17 2019

Syafiq Ahmad Dan Matt Davies Tidak Dapat Diturunkan Bertemu Indonesia,2 Kad Kuning sudah dikutip!

Share this on WhatsApp

FAM,

Persoalannya siapa yang akan digantikan nanti??

Kemenangan 2-1 keatas Thailand khamis lepas sememangnya amat diperlukan oleh skuad kebangsaan Malaysia untuk terus bersaing merebut tempat sebagai pasukan teratas kumpulan G untuk layak ke pusingan ke 3 kelayakan Piala Dunia 2022.

Dalam menyambut kemenangan itu juga sebenarnya, kita terpaksa ‘membayar harga’ diatas penggantungan kepada 2 pemain Malaysia malam tadi iaitu Muhammad Syafiq Ahmad dan Matthew Davies yang telah mengumpul 2 kad kuning.

Kedua-dua pemain ini akan terlepas aksi perlawanan bertemu pasukan Indonesia yang akan diadakan pada 19 November 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti. 

Dalam perlawanan bertemu Indonesia, satu lagi kemenangan ditagih untuk mengutip 3 lagi mata bagi membolehkan skuad Malaysia mengumpulkan 9 mata secara keseluruhan demi mengejar rapat kedudukan 3 lagi pasukan lain untuk merebut slot automatik Piala Asia 2023..  

Matthew Davies mengutip kad kuning pertama dalam perlawanan semalam pada minit ke 85 perlawanan kerana melengahkan perlawanan, menjadikan 2 kad kuning dikumpulkan selepas dilayangkan kad kuning ketika bertemu Vietnam tempoh hari.

Muhammad Syafiq Ahmad pula dilayangkan kad kuning pada minit ke 33 perlawanan dan sebelum ini mengutip 1 kad kuning juga ketika bertemu Vietnam pada minit ke 92.  

Kemungkinan besar, siapa yang layak menggantikan Matthiew Davies dan Syafiq Ahmad. ??

Mungkin Adam Nor atau Dominic Tan yang akan menggantikan bek kanan.  Kita ada ramai bakcup sebenarnya. Lagipun ini cuma lawan dengan Indonesia. Tak perlu gusar, tetapi tak boleh terlalu yakin. Takut makan diri. Tiga mata ditagih.

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Piala Dunia · Tagged: 2 Kad Kuning sudah dikutip!, Syafiq Ahmad Dan Matt Davies Tidak Dapat Diturunkan Bertemu Indonesia

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d