Perlawanan kritikal kumpulan I , JDT sekarang ini berada ditangga ketiga dengan 6 mata. Sama mata mata dengan Ulsan Hyundai. Peluang untuk mara agak samar-samar lagi. Kita harapkan 3 mata penuh berjaya di kutip dalam perlawanan agak sukar di tempat lawan. Pada perlawanan pertama di Johor, tewas 0-1.
Harap ada kebangkitan buat pasukan JDT pada pukul 6 petang nanti. Pastinya Esteban Solari ada ramuan taktikalnya tersendiri untuk membenam lawan Kawasaki Frontale. Ini bermain sebagai satu pasukan bukan individu semata-mata.
KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN I :
- KAWASAKI FRONTALE 12 MATA
- ULSAN HYUNDAI 6 MATA
- JDT 6 MATA
- BG PATHUM 0 MATA
Bukan mudah untuk tundukkan pasukan Kawasaki ini, tambah lagi cuaca sana sejuk. Pemain kita nak ambil masa adapt keadaan sana lagi. Ambil ini satu pengalaman yang baru. Nanti nak kelayakan piala dunia, nak jumpa Kazakstan nanti tahun depan.
Lagi jdt biasa lawan dengan jurang team yang agak slow di liga super berbanding dengan kelab jepun dia punya lawan, jurang tak jauh. High pressure dia lain tak sama dengan liga malaysia. Kita punya team baru nak uplah. Jauh lagi nak dibandingkan dengan pasukan Jepun. Kita kearah sanalah.
Sebab itu, mathiew davies dah cakap dalam sidang media semalam, ibarat game final dalam perlawanan penting ini. Kalah, game ini anggap kita dah tidak mampu bersaing ke peringkat seterusnya. Pasal nak menang bukan nak beat sangat kumpulan ini, hal ini pasal point untuk ranking negara. So tahun depan ada boleh kita baiki lagi dan slot ACL ini masih ada lagi untuk malaysia.
KEPUTUSAN TERKINI KAWASAKI FRONTALE VS JDT ACL 28.11.2023
INFO SIARAN LANGSUNG KAWASAKI VS JDT 28.11.2023