SENARAI 28 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-22 KEBANGSAAN MENJELANG SUKAN SEA 2019 DI FILIPINA
2019-10-31
Berikut senarai nama 28 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menyertai kem latihan pusat bermula Isnin, 4 November 2019 bagi persiapan menghadapi Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina dari 25 November hingga 10 Disember 2019.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
MUHAMAD SHAHRUL NIZAM ROS HASNI |
21 |
KELANTAN |
2. |
MUHAMMAD DANIAL HAQIM DRAMAN |
21 |
KELANTAN |
3. |
NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT |
20 |
KELANTAN |
4. |
NIK AZLI NIK ALIAS |
22 |
KELANTAN |
5. |
ARIFF AR-RASYID ARIFFIN |
21 |
PKNS FC |
6. |
A. SHIVAN PILLAY |
19 |
PKNS FC |
7. |
DAMIEN LIM CHIEN KHAI |
22 |
PKNS FC |
8. |
MUHAMMAD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW |
22 |
PKNS FC |
9. |
R. DINESH |
21 |
PAHANG |
10. |
MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM |
21 |
PAHANG |
11. |
M. KOGILESWARAN RAJ |
21 |
PAHANG |
12. |
LUQMAN HAKIM SHAMSUDIN * |
17 |
AMD B-17 |
13. |
HARITH HAIQAL ADAM AFKAR * |
17 |
AMD B-17 |
14. |
MUHAMAD UMAR HAKEEM SUHAR REZWAN * |
17 |
AMD B-17 |
15. |
MOHD FADZRUL DANEL MOHD NIZAM |
21 |
KEDAH |
16. |
MOHAMMAD FAYADH MOHD ZULKIFLI AMIN |
21 |
KEDAH |
17. |
MUHAMMAD HAZIQ MOHD SUBRI |
20 |
PERAK |
18. |
MUHAMMAD KHAIRUL AMIZAN SUHAIMI |
21 |
PERAK |
19. |
MUHAMMAD AZRI AB GHANI |
20 |
FELDA UNITED FC |
20. |
MUHAMMAD HAZIQ NADZLI |
21 |
JOHOR DARUL TA’ZIM |
21. |
MOHAMAD HARIZ KAMARUDIN |
22 |
JOHOR DARUL TA’ZIM II |
22. |
K. THIVANDARAN |
20 |
PETALING JAYA CITY FC |
23. |
MUHAMMAD MUKHAIRI AJMAL MAHADI * |
18 |
PKNP FC |
24. |
EVAN WENSLEY WENCESLAUS |
21 |
SABAH |
25. |
MUHAMMAD AMIRUL ASHRAF ARIFFIN |
21 |
SELANGOR |
26. |
MUHAMMAD AZAM AZMI MURAD * |
18 |
TERENGGANU FC |
27. |
QUENTIN CHENG |
20 |
CENTRAL COAST MARINERS B-21 |
28. |
MUHAMMAD HADI FAYYADH ABDUL RAZAK |
19 |
FAGIANO OKAYAMA |
Daripada senarai di atas, seramai 23 pemain akan melapor diri pada 4 November 2019 manakala baki lima lagi pemain hanya akan melapor diri pada 13 November 2019 selepas tugasan Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Phnom Penh, Kemboja bersama skuad B-18 kebangsaan kendalian Brad Maloney.
Lima pemain berkenaan – Luqman Hakim Shamsudin, Harith Haiqal Adam Afkar, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan, Muhamad Mukhairi Ajmal Mahadi dan Muhammad Azam Azmi Murad yang berusia antara 17 hingga 18 tahun merupakan muka baharu yang dipanggil Kim Swee.
Antara muka baharu lain yang turut dipanggil adalah dua pemain Kedah, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam dan Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin; dua pemain Perak, Muhammad Haziq Mohd Subri dan Muhammad Khairul Amizan Suhaimi serta pemain berdarah campuran Malaysia-Australia, Quentin Cheng yang beraksi bersama skuad B-21 kelab Australia, Central Coast Mariners.
Sementara itu, senarai nama pemain tambahan dari skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe (termasuk dua pemain lebih umur 22 tahun) akan diumum pada 15 November 2019 iaitu sehari selepas perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand untuk mereka hadir melapor diri pada 20 November 2019 iaitu sehari selepas perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia.
Skuad akhir seramai 20 pemain akan berlepas ke Manila pada 23 November 2019 bagi menghadapi saingan Kumpulan A yang dibarisi tuan rumah Filipina, Myanmar, Kemboja dan Timor-Leste bermula 25 November 2019 di dua venue iaitu Stadium Memorial Rizal dan Stadium Binan.
Sementara Kumpulan B pula menampilkan juara bertahan Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos, Singapura dan Brunei.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir yang dijadual pada 7 Disember 2019 manakala perlawanan penentuan pingat gangsa dan seterusnya aksi final dijadual berlangsung pada 10 Disember 2019, sehari sebelum upacara penutup Sukan SEA 2019.
Pada edisi terdahulu iaitu Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia yang turut dikendalikan Kim Swee ketika itu berjaya meraih pingat perak selepas tewas 1-0 kepada Thailand pada aksi final yang berlangsung di Stadium Shah Alam.
KEMAS KINI 4 NOVEMBER 2019:
Penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nadzli, 21, telah hadir melapor diri bersama skuad B-22 kebangsaan pada 4 November 2019 tetapi terpaksa meninggalkan pasukan pada 5 November 2019 selepas namanya dipanggil oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menggantikan penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim dalam senarai kem latihan pusat skuad kebangsaan.
KEMAS KINI 7 NOVEMBER 2019:
Pemain pertahanan dari Kuala Lumpur, Irfan Zakaria, 24, telah hadir melapor diri bersama skuad B-22 kebangsaan pada 7 November 2019 untuk mengisi salah satu daripada dua kouta lebih umur.