• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Dec 15 2019

Sebab “Brendan Ngan”, akak terlupa, terbawak beg budak !

Share this on WhatsApp

brendan ngan

“SAYA berasa bersalah dengan mereka sebab betul-betul terlupa ada pegang beg mereka. Selepas majlis itu, saya terus balik sebab nak pergi kenduri,” kata Afaf Abu Bakar, 29.

Wanita itu ‘terbawa’ balik beg milik seorang remaja, Syed Azim Syed Ahmad Rizal, 15, selepas mereka hadir ke Hari Bola Sepak Selangor di Stadium Shah Alam, semalam.

Kejadian yang dianggap lucu itu turut mendapat reaksi Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang berkongsi usaha Afaf mengesan kembali remaja terbabit menerusi Facebook (FB).

Afaf ketika dihubungi Harian Metro hari ini berkata, dia ke stadium kerana mahu bertemu dengan Brendan Gan, pemain tengah skuad Harimau Malaya yang baru menyarung jersi Selangor.

“Saya ke Shah Alam sebab kebetulan ada majlis perkahwinan kawan di Perak. Dari Alor Setar saya terus ke sana (Shah Alam) sebelum ke Perak.

“Selain ingin bertemu dengan Brendan, saya juga berhasrat mahu mendapatkan tandatangan pemain itu untuk kad hari jadi anak,” katanya.

Guru bahasa Inggeris dari Maktab Mahmud Sik berkata, sesi bertemu dan ramah mesra bersama barisan pemain agak lama dan dilakukan mengikut sesi dalam kumpulan.

Dia kemudiannya bertemu dengan dua remaja termasuk Syed Azim yang menghulurkan bantuan untuk beratur bagi mendapatkan tandatangan bagi pihaknya.

Kebetulan pula, Afaf itu turut meminati pemain bola sepak yang sama sekali gus membuatkan mereka terus serasi.

“Saya pula pakai kasut tumit tinggi sebab nak pergi kenduri, tambahan pula agak penat nak beratur.

“Mereka tawarkan diri untuk membantu dan meminta tolong jagakan beg yang dibawa mereka.

“Apabila tiba giliran saya untuk berswafoto dengan Brendan, saya jadi teruja dan ditambah pula orang ramai ketika itu menyebabkan terlupa mengenai beg mereka.

“Selepas itu, saya terus balik dan baru sedar beg mereka ada dengan saya,” katanya.

Pada awal Afaf beranggapan itu hanya beg biasa tetapi selepas membuka dan lihat isi beg, didapati ada jersi yang baru dibeli.

Selepas berkongsi kisah itu di FB dengan dibantu FB rasmi FAS turut tularkannya, Afaf terima maklum balas pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Bestari iaitu sekolah remaja terbabit.

Melalui pihak sekolah itu, katanya, dia akhirnya dapat berhubung dengan remaja itu melalui FB pagi tadi.

Afaf berkata, beg itu akan dipos pada esok kerana mempunyai urusan di Pulang Pinang pada hari ini.

 

 

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Uncategorized

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d